Bacalah Denqan Menyebut Nama Tuhanmu Yang Menciptakan
Percubaan Kelas Iqra' yang pertama daripada Cikgu Salwa untuk murid kelas percubaan di minggu baru. Tuan Muda Ahmad, Tuan Muda Asiff dan Cikpuan Muda Alliesya.
Guru-guru masih dalam proses mengenali karakter dan bakat yang ada di dalam diri murid. Cikgu Salwa mengajar membaca menggunakan buku Iqra'. Mereka diajar dengan membunyikan sebutan seperti 'aaa', 'baa', 'taa' dan seterusnya.
Pada mulanya, Cikgu Salwa mengajar mereka untuk mengenal huruf dengan memberitahu mereka bahawa huruf alif tiada titik, huruf ba ada satu titik, manakala huruf ta ada dua titik.
Apabila mereka sudah mengenal huruf, mereka diajar dengan menyebut bunyi huruf tersebut.
Mereka juga memberikan respon yang baik dengan mengikut sebutan yang diajar.
Comments
Post a Comment