Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha Itu Dhuha-Mu




Selepas sarapan pagi, ketiga-tiga tuan muda diajukan soalan 'Siapa hendak solat sunat dhuha?' 'Angkat tangan, siapa yang mahu solat sunat dhuha! 'Ada yang mengangkat tangan dan ada juga yang hendak sambung bermain lego. 

Apabila cikgu mula memakai telekung dan mengajak mereka solat bersama-sama, mereka mula menunjukkan minat untuk solat bersama. Mereka diberitahu 'Allah sayang siapa yang solat'. Mereka juga mengiakan penyataan itu. Siapa yang solat diberikan pujian yang membina.

Selepas menunaikan solat sunat dhuha, mereka didedahkan dengan doa dhuha. Mereka suka membaca doa dhuha terutama Tuan Muda Najmi. Ini kerana doa dhuha dibaca dengan berirama dalam Bahasa Arab beserta maksudnya dalam Bahasa Melayu. Tuan Muda Najmi juga meminta supaya mengulang semula doa dhuha yang dibaca sebentar tadi.

Aktiviti ini di jadikan amalan mereka setiap pagi. 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah