Belajar Membaca Melalui Origami Ikan Di Tadika ABS
Daripada pembelajaran yang lepas, menyanyi lagu suku kata 'itik ikut ibu, i...i...i...'. Tuan muda telah belajar satu lagi haiwan yang bermula dari huruf 'i' iaitu ikan.
Ketiga - tiga tuan muda telah belajar membuat origami ikan menggunakan kertas. Mereka berasa teruja dengan hasil kerja mereka setelah dipuji berkali-kali dengan cikgu-cikgu di sini.
Pada mulanya, Tuan Muda Najmi enggan membuat origami ikan, tetapi setelah melihat kedua tuan muda telah mula mewarna origami ikan mereka, Tuan Muda Najmi meminta cikgu untuk mengajar tuan muda membuat origami ikan dan ingin mewarna mengikut kreativiti sendiri.
Mereka berasa bangga setelah Cikgu Maziah menggantungkan hasil kerja mereka di dinding. Mereka boleh melihat hasil kerja mereka semasa bermain. Ada juga yang hendak membawa pulang ke rumah untuk di tunjuk kepada ibu bapa mereka.
Tuan Muda Najmi : Nanti saya nak tunjuk Cikgu Ana lah tengok ikan saya.
Comments
Post a Comment