TANDA - TANDA MURID YANG MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN

 


Tanda-tanda masalah pembelajaran boleh dikenal pasti seawal usia tiga tahun. Kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat, dalam beberapa bidang perkembangan, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran apabila remaja dan dewasa kelak.. Berikut adalah antara tanda-tanda yang boleh dikenal pasti semasa kanak-kanak di pra-sekolah atau semasa awal persekolah:


Tanda- tanda semasa pra-sekolah

  • Kurang tumpuan

  • Masalah menyebut perkataan/ pelat

  • Tidak menggunakan banyak perkataan (tidak bercakap dalam ayat)

  • Tidak pandai bergaul dengan kawan

  • Tidak dapat mengikut arahan

  • Lewat bercakap

  • Masalah untuk belajar nombor dan huruf

Tanda-tanda semasa awal persekolahan (7-8 tahun)

  • Masalah mengaitkan huruf dan bunyi

  • Keliru dengan makna perkataan mudah contoh makan, lari dan lain-lain

  • Sering membuat kesilapan dalam menggunakan huruf (b=d) dan (m=w)

  • Masalah transposisi iaitu kesilapan dalam susunan suku kata contoh baldi dikatakan bladi

  • Keliru dengan tanda matematik (+, -, x, /, =) dan arah kanan dan kiri

  • Lebih bergantung kepada kebolehan menghafal

  • Tidak pandai merancang

  • Masalah untuk berinteraksi dan bergaul

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI