PUPUK KEMBALI ADAB YANG SEMAKIN LUMPUH

 



Mengajarkan adab kepada anak dari usia kanak-kanak akan membantunya untuk bergaul dengan orang lain dengan baik pada masa hadapan. Didikan ibubapa dari mulakan dengan menjadi sopan, sensitif dan menghormati perasaan orang lain merupakan asas pembentukan adab anak. Apabila dia berkelakuan baik, galakkan amalan itu dengan pujian, pelukan, senyuman dan sebagainya. Tumpukan pada perkara baik yang mereka lakukan dengan memuji mereka. Ibu bapa merupakan cerminan akhlak anak-anak kerana didikan bermula dari rumah.

Permulaan asas didikan adab bermula pada usia 1 tahun. Anak cenderung meniru dari perbuatan orang dewasa yang mereka perhatikan. Jika kasar, kasarlah acuan pada anak dan jika baik begitulah juga bentuk acuan anak tersebut. Cara membentuk akhlak anak ialah dengan cara:

·     Minta tolong dan berterima kasih: Ajarkan anak untuk terbiasa berkata ‘Tolong’ dan ‘Terima kasih’ semasa meminta dan menerima pertolongan, dan frasa- frasa lain seperti ‘Maafkan saya’ dan ‘Bolehkah saya?’ Gunakan perkataan- perkataan ini secara kerap dalam perbualan anda dan pujinya apabila dia menggunakannya. Dia mungkin kurang memahami maksudnya lagi, tetapi dia akan sedar orang rasa gembira apabila mendengar perkataan-perkataan tersebut.

  • Waktu bermain: Ajarkan anak anda untuk berkongsi makanan dan bergilir-gilir semasa bermain dengan kawan-kawan atau adik- beradik. Ejek-mengejek harus ditegah. Pupuklah sikap kesukanan yang baik dalam anak anda: merendah diri semasa menang dan menyokong orang lain apabila kalah. Orang dewasa tidak harus membangkitkan kemarahan anak-anak dengan mengejek, merendahkan, atau membandingkan mereka dengan pencapaian orang lain.
  • Bapak borek, anak rintik: Ibu bapa banyak mempengaruhi perlakuan anak mereka. Anak belajar dengan memerhati dan meniru anda, jadi sentiasalah menjaga tingkah laku dan bahasa anda. Contohnya, pertututuran ibu bapa. Jika ibu bapa cenderung berkata kasar, caci maki dan marah-marah cenderung menjadi idola kepada pertuturan anak-anak juga. Seterusnya, jika orang dewasa sukar meminta maaf apabila membuat kesalahan, jangan harap anak-anak akan meminta maaf dengan ikhlas. Nilai moral yang dititik beratkan dalam Islam cukup menjadi garis panduan untuk didikan anak di masa depan.
  • Komunikasi dengan anak: Luangkan masa untuk bercakap dan bertanya tentang harinya, contohnya semasa makan malam. Jadikan waktu keluarga menyeronokkan dan kekalkan nada suara yang mesra. Ini peluang baik untuk anak anda mengamalkan adab perbualannya dan memupuk kemahiran komunikasinya. Ibu bapa moden kini lebih sibukkan diri telefon membuatkan anak rasa terpencil dan memendam rasa seterusnya membuatkan anak melepaskan perasaan di sekolah tanpa ada adab dalam perlakuan.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI