PERANAN IBU BAPA DAN KOMUNITI MASA KINI

 

Dalam membina kecemerlangan keluarga, sekolah dan institusi pendidikan, semua pihak terlibat sama memberikan kerjasama dan sumbangan ke arah tersebut. Ibu bapa dan komuniti adalah salah satu daripada penyumbang yang terpenting untuk memajukan institusi pendidikan anak-anak kita dan juga kesempurnaan perjalanan sekolah itu sendiri. Kerjasama, bantuan dan persefahaman yang baik dan mantap daripada pihak ibu bapa dan komuniti masa kini akan menjadikan keaadaan sekolah sebagai satu organisasi atau badan yang kuat dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin, kewangan, tindakan, pembangunan dan yang pentingnya ialah dapat memajukan pelajaran pelajar itu sendiri.

Dalam gerak kerja untuk mendidik dan memberikan pelajaran kepada anak-anak, dan menggerakkan jentera institusi pendidikan di sekolah, ibu bapa dan komuniti tidak boleh terpisah dan terpinggir dalam hal tersebut. Ibu bapa dan komuniti masa kini mempunyai kesan positif dan negatif kepada pelajar dan sekolah kita. Sesebuah sekolah dan intitusi pendidikan akan maju apabila ibu bapa dan komuniti masa kini memberi pengisian dan menyumbangkan sesuatu yang bermakna dan bererti kepada sekolah. Sebaliknya, pelajar dan sekolah akan menjadi huru-hara apabila ibu bapa dan kominiti mengambil langkah yang keterlaluan, terburu-buru dan tidak rasional.

Ibu bapa dan komuniti masa kini boleh membantu dan bersama-sama sekolah dalam memajukan institusi pendidikan dalam suasana dan keadaan berikut : -

1. Sewaktu pelajar-pelajar berada di rumah atau di bawah kawalan mereka.

2. Memberi bantuan moral dan material kepada sekolah dan pelajar sendiri.

3. Mewujudkan iklim yang baik dan suasana yang harmoni kepada pelajar-pelajar.

Dalam hal pendidikan, hakikatnya anak-anak kita, walaupun mereka menerima pendidikan secara formal di sekolah, tetapi ibu bapa tetap dan masih lagi mempunyai tanggungjawab untuk membantu kecemerlangan pendidikan itu sendiri. Hubungan darah, perasaan hati, rasa ikatan yang erat menjadikan ibu bapa itu sebagai unsur yang sentiasa mempengaruhi kehidupan dan sikap anak-anak mereka. Sewaktu anak-anak berada bersama ibu bapa, adalah menjadi kewajipan mereka memberikan motivasi, bimbingan dan bantuan serta mewujudkan iklim pendidikan, samada secara formal atau melalui strategi dan kaedah yang tertentu melalui tindakan, percakapan, tingkahlaku, isyarat dan sebagainya.

Ibu bapa yang memperuntukan masa, fikiran, kewangan dan perhatian, untuk membantu pendidikan anak-anak mereka biasanya akan berjaya melahirkan pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan, tidak menghadapi masalah disiplin yang berat, pelajar yang bercita-cita dan berwawasan untuk memajukan diri.

Sewaktu di sekolah pula, pelajar-pelajar, lebih beradab, berminat dalam pelajaran, bersedia melakukan sebarang tugasan yang diberikan oleh guru. Suasana seperti ini tentunya akan lebih mudah untuk membantu kecemerlangan institusi pendidikan kepada pelajar tersebut.

Sesungguhnya proses pendidikan itu akan lebih berkesan dan berjaya jika ianya ada kesepaduan, keseragaman dan semangat sumbang-menyumbang antara pihak sekolah dengan institusi keluarga dan komuniti masa kini yang lain. Berdasarkan pengalaman dan keadaan yang telah berlaku, bahawa di antara punca dan sebab kegagalan kita dalam pendidikan serta tidak mencipta kecemerlangan yang hebat ialah tidak adanya suasana kesepaduan dan sumbang-menyumbang antara kedua-dua pihak dalam hal tersebut. Banyak perkara dan nilai yang baik yang diajar dan diberikan di sekolah tidak berjaya dan terhakis apabila pelajar berada bersama keluarga. Pendidikan dan disiplin yang baik di sekolah terhakis dan cair apabila pelajar tersebut berada dalam dua keadaan yang sangat berbeza.

Satu lagi perkara yang perlu difahami di kalangan kita, bahawa untuk melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan serta memahami falsafah kejadian insan itu, maka proses pendidikan kepada mereka mestilah dilakukan oleh ibu bapa, guru dan juga komuniti. Manusia yang baik bukan sahaja mengetahui tentang teori dan formula tertentu sahaja, tetapi lebih dari itu dan dapat mendidik dirinya dengan ilmu yang mereka peroleh dan diterima pakai. Penghayatannya kepada ilmu tidak boleh ditentukan oleh tempat dan masa atau hanya di sekolah, tetapi penghayatan hidup dan bergerak berterusan di sepanjang hayat itu sendiri. Hakikatnya sekolah, guru dan ibu bapa mestilah serentak dan berkongsi memainkan peranan penting untuk membentuk sesebuah kecemerlangan yang hakiki itu.

 

 

 

 
 


 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI