TULISAN TANGAN SEORANG KANAK-KANAK

 


Pada masa kini, seorang kanak-kanak perlu menguasai banyak jenis pembelajaran dari aspek akademik atau kemahiran bagi membolehkan murid menguasai 3M di peringkat sekolah rendah iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Namun begitu jika salah satu kemahiran sukar dikuasai pasti kanak-kanak tersebut akan mengalami kesukaran di sekolah. Justeri ibu bapa terutamanya perlu lebih peka dengan perkembangan anak sekiranya.

Tanda-tanda anak-anak sukar untuk menulis dan meniru ialah:

  1.         i.   Kurang penguasaan dalam kemahiran motor.

Kemahiran motor ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu motr halus dan motor kasar. Dalam konteks penulisan kemahiran motor halus perlu diutamakan kerana kemahiran motor halus melibatkan kekuatan otot tangan dan secara langsung membantu lebolehan anak untuk menulis. Pelbagai aktiviti harian yang mudah seperti ‘bermain’ makanan, membina blok bangunan, menconteng, atau merangkak dapat membantu mereka mengkoordinasikan mata dan tangan. Anak yang lebih besar pula boleh dibiasakan dengan aktiviti menggunting, membutang baju, menggunakan puncher, dan sebagainya.

 

  1.       ii. Penggunaan gadget yang maksimum

Seringkali kita lihat, kemahiran seorang kanak-kank seawal usia 4 tahun sudah mengetahui selok-belok penggunaan gadget sedangkan mereka langsung tidak memahami perkataan yang tertera di gadget tersebut. Situasi ini jelas memperlihatkan mereka sudah menghafal cara penggunaan gadget tersebut tetapi kesalahannya adalah apabila terlalu banyak masa dengan gadget hanya jari dan mata berfungsi ketika itu tetapi kekuatan motor tangan, kemahiran kesedaran ruang dan fokus di sekeliling menjadi kosong.


iii. 
 Fokus

Menulis memerlukan seorang kanak-kanak fokus dan memberi perhatian kepada objek seperti pensel dan kertas di hadapan nya. Jika seorang anak  mudah terganggu dan tidak fokus bagaimana mereka boleh menghabiskan tugasan menulis. Justeru, fokus tersebut perlu diberi perhatian kerana banyak anak yang sukar fokus mengalami masalah autism, adhd atau slow learning. Masalah tersebut boleh diatasi dengan adanya terapi dan bantuan dari ibu bapa secara berterusan. 

 

 


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI