ATASI KETAGIHAN GADGET DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH


 

Televisyen, gajet, dan permainan video telah mengganti kan aktiviti-aktiviti permainan di luar dan interaksi antara kanak-kanak hari ini. 

Sebagai ibu bapa, perlukah anda rasa bimbang? Jawapannya adalah ya!

Walaupun program di televisyen, permainan video, dan gajet, semuanya penuh dengan aksi, yang mencabar minda, penggunaannya akan menyebabkan ketagihan dan mungkin meninggalkan kesan yang tidak baik pada perkembangan otak anak-anak.

 

Cara-cara mengatasi masalah ketagihan gadget dalam kalangan anak-anak:

·          ·         BANYAKKAN AKTIVITI DI LUAR RUMAH

Banyakkan aktiviti di luar rumah. Jangan biarkan anaka-anak terperap dalam rumah.  Bermain di luar akan membantu perkembangan sel-sel otak mereka. Ketika membesar, mereka memerlukan sentuhan ataupun rangsangan kepada sensori seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh. 

 

·         ·         SCREEN TIME

Anak adalah peniru tegar ibu bapanya. Oleh itu, apabila ibu bapa selalu menggunakan gadget apabila bersama-sama nak, maka anak pun akan menirumu. Impaknya, si kecil pun menjadi ketagihdan dan tidak boleh melepaskan pula dari gadget. Jika ibubapa ingin mewujudkan screen time anak, justeru ibu bapa perlu lakukannya terlebih dahulu terutama sekali apabila berada di rumah. Selain itu, ketika di rumah ibu bapa perlu cuba untuk mewujudkan situasi santai dan fokus kepada anak-anak.

·         NO SCREEN ON TABLE

Ibu bapa perlu wujudkan satu undang-undang setiap kali makan atau bersantai bersama tiada telefon atau tablet yang berada bersama. Selalu kita lihat situasi sekeliling apabila ingin makan di kedai makan ibubapa akan beri telefon kepada anak-anak. Justeru hal itu perlu dielakkan dengan mendedahkan dengan aktiviti bermain lego, puzzle atau membaca buku. Selain dari menambah ilmu pengetahuan, perkembangan kemahiran motor juga dapat ditingkatkan.

 

 


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI