TIPS MENINGKATKAN DIRI ANAK-ANAK

 

                          Sumber: Google

Apabila usia anak semakin meningkat, keyakinan diri antara kemahiran yang sangat penting untuk meenggalakkan anak-anak selesa dalam bersosial dalam masyarakat, pendidikan dan pekerjaan. Keyakinan diri dibentuk menerusi rasa percaya terhadap kemampuan diri sendiri dalam apa juga keadaan terutama ketika menghadapi konflik atau situasi yang tidak menyenangkan. Kemahiran ini boleh dilatih bermula dengan pengalaman berdepan kegagalan bagi mendorong mereka menjadi lebih kental dalam mengharungi cabaran.

Namun begitu, sokongan dari pelbagai pihak terutamanya keluarga dan guru sangat penting dalam membentuk keyakinan diri kanak-kanak kerana figura ini merupakan sumber inspirasi dan sumber idola. Justeru, figura ini perlulah memainkan peranan penting untuk mendorong murid dari umur setahun jagung hingga ke peringkat remaja seterusnya dewasa.

 

TIPS UNTUK MENGGALAKKAN KEYAKINAN DIRI ANAK

 

BERI PERHATIAN & KASIH SAYANG

Perhatian dan kasih sayang amat penting bagi sesebuah keluarga hidup dalam menghidupkan suasana yang harmoni dalam institusi kekeluargaan. Walaupun setiap keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan menjadi keutamaan. Kanak -kanak perlu tahu bahawa kasih sayang yang di terima tidak bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan. Sering terjadi di dalam sebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai penyebab mengapa mereka tidak disayangi. Setiap anak harus dilayan dan dilayan sama tanpa ada konsep pilih kasih untuk anak lebih berani dengan adanya kasih sayang dan sokongan.


JADI “KAWAN BAIK” ANAK


Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya. Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu bapanya. Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, ibu bapa haruslah bijak untuk mencuri masa bagi berbicara selain mendengar masalah anak-anak. Ketika anak sedang meluahkan perasaannya, berilah “respons” dan dorongan minima walaupun hanya mengangguk faham, berkata ‘ya’. Berhenti buat sebarang kerja dan berilah masa untuk mereka berbicara, dan “eye contact” adalah penting bagi menandakan yang ada sedang menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak.


BERMAIN PELBAGAI JENIS PERMAINAN

Dalam sesuatu permainan keyakinan boleh disemai dari cara murid bermain, menghadapi cabaran dalam permainan dan berfikir untuk memenangi cabaran yang dihadapi. Mulakan dengan cabaran sederhana yang dapat dilakukan oleh anak anda bergantung pada usia dan kemampuannya. Di tadika atau institusi pendidikan lain, guru atau tenaga pengajar akan mendedahakan murid dengan pelbagai jenis permainan dalam pembelajaran. Justeru, melalui penyertaan murid dalam setiap aktiviti tersebut, guru boleh menilai tahap keyakinan diri murid dan keberanian diri. Jika guru mengenalpasti murid yang takut mencuba, dorongan dari guru pada situasi tersebut sangatlah penting selain menggalakkan rakan lain untuk terus menyokong dan memberi dorongan pada rakan dengan sorakan nama.

 

SENARAIKAN KEKUATAN ANAK

Ramai ibu bapa gagal memberitahu kekuatan anak-anak kepada mereka. Hal ini menyebabkan anak anda tidak mengenali kekuatan dan kelebihan diri sendiri. Bagi meningkatkan keyakinan mereka, anda perlu sentiasa memberitahu kekuatan anak anda. Galakkan mereka untuk menyenaraikan perkara yang mereka mahir dan suka lakukan. Gunakan senarai tersebut sebagai panduan untuk mengingatkan mereka tentang kekuatan mereka bagi mengatasi kebimbangannya.

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI