Kanak-kanak  suka gigit kuku

Tabiat menggigit kuku adalah sejenis perilaku dengan memasukkan jari ke dalam mulut dan menggigit kuku dengan gigi. Tabiat menggigit kuku boleh mempengaruhi semua peringkat umur sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tabiat menggigit kuku biasanya akan bermula dalam lingkungan umur 3 atau 4 tahun dan akan mula berkurang pada peringkat dewasa.

Tabiat ini biasanya berlaku untuk mendapatkan kepuasan atau menghilangkan keresahan. Perbuatan seperti ini biasanya akan memberikan perasaan seronok kepada seseorang dan kemudiannya individu tersebut tidak dapat menahan rasa untuk melakukan tabiat tersebut berulang kali.

 

BAGAIMANA NAK HENTIKAN HABIT GIGIT DALAM KALANGAN KUKU ANAK?

1. TANYA SEBAB KEPADA ANAK

 

Mula sekali, ibubapa perlu bercakap dan bertanya kenapa anak suka untuk menggigit kuku. Melalui perbualan ini, anak-anak akan mula untuk ‘open up’ dengan segala masalah yang dihadapi. Ibubapa pun akan mudah untuk tahu sebab dan cara untuk hindari tabiat tersebut.


2. “EEE..ADA KUMAN LAH!”

 

 

Bukan tujuan untuk menakut-nakutkan anak, tetapi amat penting untuk anak-anak tahu bahawa tabiatnya tersebut adalah tidak bagus untuk kesihatan. Kuatkan pemahaman anak-anak mengenai kebersihan tubuh badan dan beritahu anak juga bahawa banyak kuman jahat yang akan merebak di dalam badan jika tabiat menggigit kuku diteruskan.

3. BAGI ‘REWARD’

 

Ini mesti anak-anak akan suka. Apa kata latih anak-anak untuk bersikap lebih ‘alert’. Lakukan rutin untuk mereka memeriksa sendiri tahap kebersihan kuku mereka. Jika mereka dapat mengurangkan tabiat untuk menggigit kuku dan mengekalkan kebersihan kuku dalam masa sehari, berilah ‘reward’ seperti makanan kegemaran atau keluar bersiar-siar dengan anak.

4. RAWATAN KUKU KANAK-KANAK

 

Bagi ibubapa yang berkemampuan, apa kata anda pergi buat rawatan ‘manicure’ khas untuk kanak-kanak. Rawatan ini bukan sahaja dapat membersihkan kuku anda dari segala kuman, malah penjagaan kuku yang cantik dari kecil juga amat berguna. Disebabkan anak asyik gigit kuku tu, kuku dah tak cantik lah macam digigit tikus.

5.JUMPA PAKAR

 

Jika keadaan masih berlanjutan dan anak-anak  susah nak dengar kata, apa kata anda berjumpa dengan pakar. Hal ini kerana ibubapa akan risau jika kesihatan anak-anak terganggu. Dapatkan ubat-ubatan yang dapat membantu untuk mengurangkan rasa untuk menggigit kuku

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI