Apa kepentingan lawatan sambil belajar buat kanak-kanak di tadika?

 





1.    Menjana Kreativiti & Imaginasi

Pembelajaran di luar kelas dapat menjana kreativiti anak-anak terutama ketika mereka berinteraksi secara langsung dengan alatan mainan dan perkakas yang disediakan. Pernahkah ibu dan ayah melihat bagaimana anak-anak menyusun bantal menjadi bentuk gua? Atau kertas yang digumpal dan dianggap bola? Alatan yang ringkas cukup untuk menjana imaginasi mereka.


2.   Menerapkan Nilai Murni

Kelebihan belajar di luar kelas adalah ilmu tidak terbatas kepada yang tertulis di buku sahaja. Ibu bapa mahupun guru, dapat mengambil peluang untuk mengajar anak-anak tentang tatacara kehidupan seharian. Contohnya, cara-cara melintas jalan atau membuang sampah dengan tepat ke dalam tong sampah kitar semula. Adab dan disiplin ini hanya dapat dilatih apabila anak-anak didedahkan dengan situasi sebenar.


3.    Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Ilmu dan proses pembelajaran selalu mewujudkan tanda tanya kepada minda anak kecil kita. Ilmu yang dikupas secara formal di dalam kelas sangat terbatas serta boleh menyebabkan anak-anak bosan dan hilang fokus. Keadaan di luar kelas dapat menarik perhatian mereka dan mencetus banyak persoalan baru. Sel-sel otak sedang berhubung, jadi ibu ayah dan guru harus bersedia dengan soalan yang ‘mencabar’ daripada mereka.


4.    Memberi Galakan Untuk Bercita-Cita Tinggi

Anak-anak sangat mudah terinspirasi dengan perkara-perkara hebat. Elsa boleh membentuk ais, adik nak jadi Elsa! Superman boleh terbang jadi adik pun nak terbang!Di sini kita dapat mengambil peluang untuk memperkenalkan superhero sebenar seperti bomba, doktor, angkasawan dan penjaga haiwan di zoo. Kenalkan mereka dengan kehebatan setiap tugas superhero kita dengan membawa mereka melawat ke tempat-tempat superhero ini berkhidmat.

Ianya dapat membuka mata anak-anak kecil tentang kehebatan anggota penyelamat ataupun kecanggihan teknologi yang digunakan. Hal ini bakal merangsang minat anak-anak dan memberi motivasi kepada mereka untuk bercita-cita tinggi dan realistik.

 





Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI