PUNCA  KANAK-KANAK DEGIL

 

Setiap ibu bapa memang mahukan anak - anaknya menjadi anak yang terbaik. tetapi bukan semudah yang disangka, memang banyak cabaran yang perlu dilalui, dari kecil, sampailah dewasa.Selain itu, dalam musim pkp, ini, memang seluruh ahli keluarga perlu berada di rumah.Dengan ini, memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi bagi seorang ibu untuk kawal anak disamping buat tugasan harian dan  lagi - lagi menguruskan anak yang agak degil.Adakah ibu bapa  hendak teruskan salah anak-anak  atas sikap degil ini, ataupun ibu bapa  perlu memperbaikikan diri mereka? ketahui 2 punca yang menjadikan anak degil iaitu kesibukan kerja ibu bapa ,kurang memberi perhatian.

 

1.KESIBUKAN KERJA

Tugas  sebagai ibu bapa ini sangat banyak, lagi - lagi bila sebelum  musim covid ini,perlu  menguruskan rumah, cari rezeki, masak, bayar bil dan sebagainya sehinggakan masa bersama anak -anak dan keluarga yang diluangkan amat sedikit sekali. Ibu bapa perlu mengambil tahu yang anak - anak ini perlukan masa yang kualiti untuk bersamanya.Ianya tak perlu lama, sekadar ambil sedikit masa sahaja dalam sehari untuk anak-anak kongsikan apa yang mereka belajar, apa masalah yang dialami Masa yang berkualiti itu tidak diukur berapa lama, tapi perlu disini yang sangat bermakna dari situlah boleh mengeratkan hubungan kasih sayang keluarga.

 

 

1.KURANG PERHATIAN

 

 Bila kita dalam kesusahan atau  kebuntuan, kita perlukan seseorang untuk kita luahkan untuk mencari penyelesaian. Begitu juga dengan anak - anak. Adakalanya mereka tidak tahu cara untuk meluahkan, ibu bapa perlu bijak membaca tanda  dari segi “body language” anak-anak . Kalau mereka  kelihatan diam sahaja, mesti ada sesuatu perkara yang dipendam. Selagi kita tidak cuba dekati hati anak anak, selagi itulah mereka terus memendam dan lama - kelamaan hati mereka menjadi keras. Itulah puncanya mereka jadi lebih menjadi degil kerana ibu bapa tidak mahu dengar luahan mereka.

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI