Kesilapan  dalam mengajar kemahiran tulisan tangan Kanak-Kanak

 


 

 

Walaupun kita sekarang berada dalam era teknologi di mana semua orang menulis menggunakan komputer atau telefon pintar, tetapi kemahiran menulis tetap sangat penting untuk kanak-kanak. Ini kerana proses pembelajaran di sekolah mementingkan kemahiran menulis.Tanpa kemahiran menulis yang bagus, kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah untuk membuat kerja sekolah dan memberi tumpuan dalam pembelajaran. Apabila tulisan mereka tidak kemas atau mereka menulis dengan perlahan, mereka akan sering digelar malas oleh guru dan rakan -rakan. Hal ini boleh menjejaskan keyakinan diri dan tingkah laku mereka.Dengan ini , ingin menyenaraikan beberapa kesilapan dalam mengajar kemahiran tulisan tangan kanak-kanak.Antaranya,

 

·         Guna buku latihan menulis huruf dot-to-dot. 

 

Buku latihan dot to dot tidak sesuai untuk latihan kemahiran tulisan tangan kerana latihan dot to dot dalam buku tersebut bersifat tidak berterusan. Latihan kemahiran menulis haruslah berterusan dan kurangkan angkat mata pensel semasa menulis huruf atau nombor.

 


·         Memaksa murid pegang pensel dengan menggenggam tangannya .

 

Elakkan memaksa kerana boleh membuatkan kanak-kanak trauma dan mengeluarkan  atau engan mengambil bahagian dalam aktiviti melibatkan pensel dan kertas. 

 


·         Guna pensel bersaiz jumbo 

 

Pensel bersaiz jumbo adalah besar dan berat, tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai saiz tangan yang kecil. Cari pensel yang sesuai dengan saiz tangan mereka. 

 

 

·         Guna alat bantu pegang pensel pada umur bawah 6 tahun 

 

Penggunaan alat adaptasi memegang pensel seperti yang terdapat di pasaran hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pegangan pensel setelah melewati umur matang untuk usia perkembangan genggaman pensil .Pada usia melewati 6 tahun ke atas, pegangan pensel lebih sukar diubah kerana mereka telah selesa dengan pegangan pensel yang tidak diperbetulkan sebelum ini. 

 

 

·         Terus guna buku untuk latihan tulisan tangan

 

Sebagai permulaan latihan menulis, lebih digalakkan guna bahan-bahan yang bersifat multi sensori seperti membentuk huruf menggunakan doh, pasir, tepung dan sebagainya untuk memantapkan visual dan sentuhan  memori untuk ingat bagaimana huruf ditulis. Banyak sangat idea dan perkongsian multi sensori ini dalam Pinterest, media sosial dan website.

 

 

·         Tidak guna kertas bergarisan 

 

Perlu gunakan kertas yang bergaris supaya kanak-kanak ‘aware’ dengan kehadiran garisan sebagai tempat untuk huruf diletakkan. Mulakan dengan kertas bergaris 1 yang dibuat sendiri. 

 

  

·         Tidak ajar untuk fokus kepada titik permulaan huruf ditulis 

 

Pentingkan titik permulaan huruf atau nombor ditulis kerana ini dapat memberi petunjuk untuk ‘letter formation’ yang betul. Tips untuk  titik permulaan yang betul ialah mula dari atas ke bawah, kemudian  kanan ke kiri . Jika kita fokus kepada starting point yang betul, akan mengurangkan kecenderungan tulisan atau tulis huruf secara imej cermin.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI