Disleksia

 

Definisi


Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah  ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)


            “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)


Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;

 

  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi mata dan tangan.

 

 

APA ITU DISLEKSIA


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik

 

           JENIS-JENIS DISLEKSIA

 

     Disleksia visual (penglihatan)

    • Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

 

 

      Disleksia auditori (pendengaran)

    • Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori.

 

 

Disleksia visual-auditori

o   Kesukaran membaca yang amat teruk dan memproses tulisan secara visual dan audio dan ini disebabkan  oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

 

 

           PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

 

Keturunan atau genitik

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

 

Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

 

 

 

Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

 


CIRI-CIRI DISLEKSIA

TANDA-TANDA BAGI MURID PERINGKAT PRA-SEKOLAH

·                     Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

·                     Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

·                     Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

·                     Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

·                     Tidak merangkak semasa bayi

·                     Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

·                     Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya banyak  

           Soalan kepada guru dan rakan sebaya.

 

 

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA


Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

·                     Mengeja

·                     Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:

 

      m-w

      y-g-j

    u-n

      m-n

      c-e

       p-q

    h-n

      b-d

 

 

 

 

 

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

 

 

  1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
  2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
  3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
  4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
  5. Membacakan  cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
  6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
  7. Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
  8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
  9. Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
  10. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

 

 

 

 

 

                  

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI