7 CARA MENDIDIK KANAK-KANAK  ADHD




Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak atau disebut sebagai hiperaktif. Antara 7 Cara mendidik Kanak- kanak ADHD atau lebih dikenali sebagai hiperaktif adalah seperti berikut :

 

1.    1.Tetapkan tingkah laku

Peranan keibubapaan yang utama dalam menguruskan kanak-kanak ADHD adalah dengan menentukan lebih awal tingkah laku mana yang boleh diterima dan mana yang tidak. Matlamatnya adalah bagi menolong kanak-kanak mempertimbangkan akibat daripada tindakan dan mengawal kecenderungan melakukannya. Menghukum tingkah lakunya pada hari ini dan membiarkan pada keesokan hari adalah perbuatan berbahaya dalam mendidik anak ADHD. Beberapa tingkah laku selalu tidak dapat diterima, seperti ledakan marah secara fizikal mahupun keengganan bangun pada waktu pagi.

2.   2. Mengendalikan kelakuan agresif

Tingkah agresif daripada kanak-kanak dengan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan adalah perkara biasa. “Time-out” adalah kaedah menenangkan kanak-kanak yang terlalu aktif. Hukuman ini perlu dijelaskan kepada kanak-kanak sebagai masa untuk menenangkan diri dan memikirkan perilaku negatif yang dilakukan.

 

3. Kekal dengan rutin struktur

 

Mencipta 1 rutin dan lakukannya setiap hari. Selain itu, mewujudkan rutin tertentu pada waktu makan, melakukan kerja rumah, bermain atau sebelum tidur. Sebagai contoh, meminta kanak-kanak meletakkan pakaian yang akan dipakai keesokan harinya, ia boleh mencipta 1 struktur penting dalam kehidupannya.

 

4.    Pecahan tugasan

 

Bahagikan tugasan menjadi pecahan kerja kecil yang boleh dikendalikan dengan mudah. Cuba gunakan kalendar dinding besar untuk membantu mengingatkan kanak-kanak tentang tugas mereka. Penggunaan kod warna untuk tugasan rumah dan sekolah boleh menjadikan ibu bapa lebih teruja dalam menyiapkan tugasan. Bahkan, rutin pada waktu pagi juga perlu dipecahkan kepada tugasan-tugasan kecil.

 

5.    Hadkan gangguan

 

Antara cara mendidik anak hiperaktif adalah dengan mengehadkan masa skrin dan perbanyakkan masa melakukan aktiviti menarik di luar rumah. Ini kerana pendedahan kepada gajet boleh mendorong tingkah laku impulsif dan harus dikawal.

 

6.   Mengaturkan corak tidur

 

Waktu tidur mungkin sangat sukar bagi kanak-kanak yang menderita ADHD. Kanak-kanak yang tidak cukup tidur mudah hilang fokus, hiperaktif dan akan bertindak melulu. Hal ini adalah sangat penting untuk ibu bapa membantu kanak-kanak dalam mendapat tidur yang lena. Antara tip keibubapaan yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mendapat rehat yang baik adalah dengan menyingkirkan perangsang seperti gula dan kafein serta mengurangkan waktu menghadap televisyen. Malah, ibu bapa juga boleh mewujudkan 1 rutin harian tidur yang sihat dan menenangkan.

7.            7.   Ambil masa untuk berehat

 

Dalam masa tertentu ibu bapa mungkin akan berasa penat atau kecewa dengan diri mahupun kanak-kanak. Seperti kanak-kanak yang perlukan rehat semasa belajar, begitu juga diri ibu bapa. Tetapkan waktu tertentu untuk bersendirian.

Antara pilihan cara rehat terbaik yang boleh anda lakukan adalah:

·         Pergi berjalan-jalan di taman

·         Bersenam di gim

·         Mandi dengan santai dan tenang

 

Setiap ibu bapa mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku kanak-kanak yang masih kecil.

Mempelajari dan mempraktikkan terapi tingkah laku memerlukan masa dan usaha. Tetapi percayalah, ia mempunyai faedah berkekalan kepada kanak-kanak ADHD. Dengan kesabaran, kasih sayang, dan banyak sokongan dalam mempraktikkan cara mendidik kanak-kanak hiperaktif, ibu bapa pasti akan dapat menguruskan si kecil dengan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI