DIA "TERISTIMEWA"

 

Apabila menyebut tentang kanak-kanak autisme, perkara pertama yang terbayang di benak pastilah kesukaran mereka menyesuaikan diri dengan norma hidup seharian. Percaya atau tidak, terdapat ramai tokoh autisme yang berjaya dalam kerjaya mereka dan berjaya menepikan segala rintangan dan cabaran yang mereka hadapi dari zaman kanak-kanak hingga mereka meningkat  dewasa.

Menurut Sinngih D. Gunarsa (2003), peranan ibu bapa dalam membantu penghidap autism sanagat penting. Ibu merupakan salah seorang figura yang penting untuk seorang anak autism  kerana mereka merupakan orang yang paling rapat dalam menilai perkembangan setiap anak. Sikap penerimaan dalam keluarga juga menjadi salah satu aspek bagi membantu perkembangan seorang yang istimewa di layan selayaknya. Setiap insan layak mendapat kasih sayang seperti orang lain tanpa perlu mengukur kelebihan waimah kelemah mereka.

Penerimaan dalam keluarga inilah yang memebentuk ramai tokoh yang berjaya mencipta nama setanding dengan orang hebat justeru ada yang lebih baik lagi.


ALBERT EISTEIN

1. 14 Mac 1879 hingga 18 April 1955 merupakan tarikh di mana dunia diperkenalkan dengan seorang ahli sainstis yang aktif mengolah dan mencipta teori fizik. Teori beliau merupakan mendium yang dianggap paling hebat semasa abad ke 20. Albert Einstein mengemukakan teori yang berjaya menyumbang kepada pembangunan statistic dan kosmologi. Beliau menerima banyak penghargaan yang mana hingga kini nama Albert Einstein masih menjadi rujukan sehingga kini. Albert Einstein merupakan seorang penghidap sindrom Asperger.




     


        AHMAD ZAHIRUDDIN

Meskipun dilahirkan sebagai anak istimewa yang mengalami masalah autisme, ahmad zahiruddin zailani, 25, tidak menghadapi masalah untuk memperoleh ijazah sarjana muda daripada universiti sains islam malaysia (USIM).

Ahmad Zahiruddin bersama ibu bapa beliau semasa 
hari kovokesyen USIM yang ke-19

 Penuntut yang berasal dari bangi, selangor itu memperoleh ijazah sarjana muda pengajian quran          dan multimedia dengan kepujian dalam majlis konvokesyen ke-19 usim, yang sedang berlangsung         di Dewan Tuanku Canselor Usim.



K. RASHWIN

Seorang kanak-kanak autisme berjaya mencatatkan rekod malaysia apabila berjaya mengenal pasti 198 bendera negara di seluruh dunia dalam tempoh sembilan minit 54 saat. 

K.Rashwin, 4, berjaya melakukan rekod itu beberapa minggu lalu melalui aplikasi sosial, zoom sambil disaksikan panel daripada malaysia book of records.  Konsultan malaysia book of records, Edwin Yeoh berkata, kejayaan rashwin itu berjaya mengatasi rekod yang dibuat seorang kanak-kanak normal berumur lima tahun yang berjaya meneka 147 bendera negara dalam masa 15 minit. 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI