TABIAT ENGGAN MAKAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK. ADAKAH MEMBIMBANGKAN?

 

Masalah yang sering terjadi kepada kanak-kanak yang mula membesar adalah tabiat enggan atau sukar untuk makan. Masalah tingkah laku pemakanan seperti enggan makan ini biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya.

Menurut pakar kanak-kanak, tabiat enggan makan ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.

TABIAT ENGGAN MAKAN

Kanak-kanak menolak makanan baru yang diberikan  kepadanya atau apa jua makanan ditawarkan kepada mereka. Selalunya, masalah ini terjadi kerana deria rasa kanak-kanak masih boleh menerima rasa dan struktur yang pelbagai dan mereka merasakan makanan yang diberikan kurang enak dan tidak menarik perhatian mereka.

MAKANAN YANG BIASANYA DITOLAK OLEH KANAK-KANAK

1. Sayur-sayuran dan buah-buahan

Masalah yang paling utama adalah kanak-kanak yang enggan makan sayur dan buah-buahan. Kanak- kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diberikan  kepada mereka. Kanak-kanak memilih makanan dan akan makan makanan tertentu  yang disukai oleh mereka.

2. Makanan Pejal

Masalah utama dalam kalangan bayi  dan sesetengah kanak-kanak adalah keengganan makan makanan pejal. Mereka mungkin merasakan makanan pejal sukar untuk dikunyah dan strukturnya yang sedikit pejal seperti kuih lepat liat,dodol dan sebagainya.

 

KENAPA MASALAH ENGGAN MAKAN INI TERJADI?

Kanak-kanak yang enggan makan makanan  di katakan sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit. Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik anak anda perlukan penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk mengambil makanan) seperti:

  • Mempunyai perasaan benci terhadap makanan
  • Kegagalan otot-otot pengunyahan (mulut)
  • Penyakit “gastrooesphageal reflux” - berlaku apabila asid perut kerap mengalir kembali ke dalam tiub yang menghubungkan mulut dan perut (esofagus). Pengaliran kembali  refluks asid boleh menghakis lapisan esofagus.
  • Kegagalan Neuro (otak saraf) - contohnya seperti cerebral palsy  iaitu keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anggota-anggota tubuh.
  • Usus kecil tersumbat atau “Intestinal obstruction”
  • Achalasia - keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus “gulet” dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang ditelan

 

KESIMPULANNYA

Sebagai ibu bapa  hendaklah selalu menunjuk contoh yang baik di depan anak-anak anda dengan memakan hidangan yang sihat bersama anak anda. Seelok-eloknya perkenalkan pelbagai jenis makanan baru kepada anak anda seawal umur 6 bulan agar mereka terbiasa dengan rasa makanan yang anda berikan.  Walau bagaimanapun, sekiranya anak anda terjejas pembesaran dan tumbesarannya dengan serius, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI