POLA OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7 peratus daripada mereka mengalami masalah obesiti atau kegemukan. Menurut Pegawai Perubatan, Jabatan Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Fatimah Abu Hussain, kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini dan seseorang kanak-kanak itu dianggap obes apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) adalah tinggi bagi umur dan jantinanya.

“Kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan antaranya Diabetes Mellitus jenis dua (2), tekanan darah tinggi, masalah hati, kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat ‘Obstructive sleep apnea‘ (OSA), batu karang pada pundi hempedu, kerosakan sendi, sindrom metabolik, risiko penyakit jantung, masalah haid, membesar menjadi orang dewasa yang gemuk dan kemurungan,” ujarnya semasa ditemubual dalam rancangan Sembang Sihat di Kelantan FM.


FAKTOR OBESITI

Faktor Pemakanan

Obesiti pada kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor, terutamanya faktor keibubapaan dan corak pengambilan makanan. Tubuh anak-anak yang masih perlu menyesuaikan pengambilan makanan mereka akan menyimpan banyak tenaga dalam bentuk lemak jika tidak seimbang dengan penggunaan yang memadai dan aktivitas fisik. Sekiranya corak pengambilan tidak dapat seimbang, maka anak akan gemuk. Keadaan ini selalu terjadi apabila ibu bapa merasakan apabila anak gemar makan ibu semakin seronok dan merasakan ia adalah suatu kebiasaan. 


 Faktor budaya

Budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah kegemukan di Malaysia. Ini kerana snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi merupakan antara makanan popular di Malaysia. “Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil,” katanya lagi. 


Faktor Masa

Di samping itu, masa yang terhad melakukan aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak. Pada era globalisasi ini, golongan dewasa dan golongan ibu bapa sering sibuk dalam pekerjaan dan tekunan untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh, golongan dewasa memang sibuk dalam pekerjaan mereka setiap hari. Kanak-kanak sukar melakukan aktiviti fizikal kerana keseluruhan perkemabangan fizikal bergantung dengan ibu bapa, jika tiada orang dewasa, bagaimana mereka ingin lakukan aktiviti fizikal. Justeru, jika mereka dirumah kanak-kanak lebih cenderung bermain dengan gajet. Sehingga membawa kepada ketagihan. Golongan remaja juga lebih suka bermain permainan komputer atau menonton televisyen daripada melakukan aktiviti sukan. Mereka yang bermain permainan komputer dan menonton televisyen dalam tempoh masa yang panjang hanya akan bergerak mata ataupun jari mereka. Badan mereka langsung tidak bergerak dan masalah obesiti akan mudah dihidap oleh mereka.


Faktor Genetik

Akhir sekali, faktor genetik atau keturunan juga akan mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang. Menurut kajian pakar genetik terdapat bahawa sifat dan perwatakan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diturunkan kepada keturunan dari generasi sebelumnya. Kegemukan juga merupakan salah satu genetik yang akan diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi yang berikutnya. Misalnya, menurut statistiks, 40 hingga 50 peratus anak-anak daripada keturunan ibu atau bapa obesiti berpeluang menjadi gemuk dan peratusan itu akan meningkat menjadi 70 hingga 80 peratus jika kedua-duanya mengalami masalah obesiti.


 



Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI