PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.

Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti bergayut.melompat,berlari dan lain- lain lagi.Selain itu, tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan tahap penguasaan kanak-kanak itu.Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan  berbeza sedikit dengan permainan yang pernah  dimainkan sebelum ini.

Perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia tiga hingga enam tahun berada dalam keadaan yang sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk faktor-faktor genetik yang diperolehi dari keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga dan kumpulan etnik.

Salah satu aspek penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak adalah perkembangan daya penglihatan mereka. Pada usia ini perkembangan visual kanak-kanak akan mematangkan lagi perkembangan otak mereka yang juga memperkukuhkan kombinasi antara hemisfera kanan dan kiri otak yang seterusnya membolehkan kanak-kanak mahir dalam arah kiri dan kanan.

Otak kanak- kanak akan berkembang dengan  baik jika  didedahkan dengan aktiviti motor halus dan motor kasar yang menarik perhatian mereka.Otak kiri berfungsi sebagai pembentukkan bahasa kepada kanak-kanak manakala otak kanan berfungsi mengawal maklumat.

Kanak-kanak mengalami peningkatan dalam pergerakan motor kasar dan motor halus yang amat hebat semasa berada di prasekolah. Peningkatan dan penambahbaikan dalam kemahiran motor kasar dan motor halus ini adalah dipengaruhi oleh perkembangan otak, perimbangan ( sense of balance ) yang lebih baik dan peningkatan dalam koordinasi mata dan tangan.

Daya imbangan merupakan aspek yang juga penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran biasanya akan mengalami masalah untuk mengimbangi badan mereka. Mereka tidak akan dapat melakukan pergerakan-pergerakan motor kasar seperti menyepak bola atau menendang. Adakalanya kanak-kanak mengambil masa yang lebih panjang dari kanak-kanak lain untuk memahirkan diri dalam pergerakan motor kasar.

Untuk berlari dan melompat,kanak-kanak akan melalui fasa sebelum mereka boleh berlari dan melompat dengan sempurna.Dari pemerhatian dan kajian yang dilakukan terdahulu,pada usia 2 hingga 3 tahun barulah kanak-kanak boleh dilihat berlari dengan baik walaupun mereka kelihatan seperti berlari pada usia yang lebih muda.Pada usia 4 hingga 5 tahun kanak-kanak akan mampu berlari dua kali ganda lebih laju daripada kepantasan mereka berlari pada usia 3 tahun.

Kanak-kanak mula cuba untuk melompat apabila cuba memijak sesuatu objek dengan menggunakan sebelah kaki. Ini terjadi pada usia 18 bulan. Pada usia 2 tahun , kanak-kanak akan boleh melompat sambil mengangkat sedikit kedua-dua belah kaki mereka, tapi kanak-kanak ini masih lagi tidak tahu menggunakan tangan mereka untuk mengimbangi badan Melempar dan menangkap bola merupakan kemahiran motor kasar yang cuba kanak-kanak lakukan pada awal usia mereka lagi. Namum begitu pergerakan melempar dan menangkap bola akan menjadi lebih cekap dan kemas apabila kanak-kanak mampu untuk mengawal pergerakan badan mereka. Kanak-kanak yang lebih matang sudah boleh mengimbangi badan mereka semasa membuat balingan atau menangkap bola berbanding dengan kanak-kanak dua atau tiga tahu yang biasanya kelihatan kaku dan sukar untuk membaling bola. 



Perkembangan motor kasar  kanak-kanak pada usia 1 hingga 6 bulan

Bayi boleh mengangkat kepala untuk mengubah posisi ampu untuk pemandangan. Bayi akan terdorong untuk mengubah poisi kepala semasa memberi tindakbalas kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya. Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.Bayi juga mampu untuk menegakkan kepalanya semasa didokong. Semasa berada dalam keadaan terlentang bayi akan menendang-nendang dan menggerak-gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan.


Perkembangan motor halus kanak-kanak pada usia 6 hingga 9 tahun

Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil meniarap,pergerakan meniarap akan berubah-rubah mengikut kemahuan bayi.Bayi akan bergolek-golek ke kiri dan ke kanan.Bayi juga akan menendang-nendang dengan kuat.Pada usia ini juga bayi akan menghulurkan tangan untuk meminta supaya mereka diangkat oleh orang dewasa disekeliling mereka.Di akhir tempoh ini,bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk seterusnya bayi akan bangun dan duduk sendiri tanpa bantuan.

 

Perkembangan motor kasar kanak-kanak pada usia 9 hingga 18 bulan.

Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak ke hadapan dan ke belakang. Bayi akan mencuba untuk merangkak, keperluan untuk bergerak menjadi memuncak bila mana pada usia ini kanak-kanak sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi mereka. Dengan merangkak bayi akan boleh bergerak ke lebih banyak tempat yang sangat menarik bagi mereka tanpa bantuan orang dewasa. Bayi kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk tanpa bantuan. Seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari sokongan dari orang dewasa atau perabut di sekelilingnya untuk membantu mereka bertatih. Seterusnya bayi akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa. Perkembangan seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Bayi akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini. Mereka akan cuba bereksperimentasi dan bermain peralatan permainan. Bayi akan mampu untuk menolak dan menarik permainan beroda. Pada akhir tahap ini juga kanak-kanak akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan ibu bapa.

Perkembangan motor halus kanak-kanak pada usia 18 hingga 5 tahun

Pada usia 18 bulan , kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat. Daya keseimbangan mereka adalah lebih baik. Kini kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal roda tiga. Kanak-kanak juga boleh berdiri di atas hujung jari kaki. Kanak-kanak pada usia ini boleh melompat, meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola


Perkembangan motor halus kanak-kanak pada usia 5 hingga 7 tahun

Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas pada usia ini. Mereka sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih kompleks. Kanak-kanak akan mmpu memanjat dengan baik. Mereka juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi. 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI