KESAN PENGAMBILAN MAKANAN MANIS KEPADA KANAK-KANAK

 


 

Makanan manis sememangnya syurga bagi kanak-kanak. Malah makanan manis dan kanak-kanak susah untuk dielakkan? Setuju tak? Yela zaman kanak-kanak mesti ada ja tak kena kalau tak merasa makanan yang manis-manis macam coklat, keropok, kek dan macam-macam lagi. Tapi suka atau tak kita mesti kena terima bahaya makanan manis ini ada kesan buruknya. Selalunya yang biasa kita tahu adalah mendatangkan kesan tidak baik seperti kencing manis. Selain daripada itu apa lagi kesan pengambilan makanan manis kepada kanak-kanak?

Oleh itu, mari kita bincangkan beberapa kesan pengambilan makanan manis kepada kanak-kanak. Berikut adalah merupakan kesan pengambilan makanan manis kepada kanak-kanak:

a.  Batuk dan Alergi

-Menurut Dr. Julie L.Wei dari hospital kanak-kanak Orlando, antara kesan yang berkait rapat dengan pengambilan gula berlebihan ini adalah termasuk selsema, batuk dan simptom jangkitan sinus. Selain itu, sesetengah kanak-kanak akan di diagnos dengan alergi tanpa melalui sebarang pemeriksaan formal. Hal ini kerana berpunca daripada kandungan gula yang berlebihan dalam tubuh.


   b. Kurang berselera terhadap makanan berkhasiat

-Sekiranya kanak-kanak selalu mengasingkan sayuran atau tidak suka memakan buah-buahan, mungkin dia bukannya ‘picky eater’, malah ia mungkin berpunca daripada makanan serta serta minuman manis dan gula. Ini kerana, apabila mengambil gula berlebihan, perut akan berasa tidak selesa dan selera makan akan turut berkurangan.


  c. Hiperaktif atau mengalami ‘Sugar seizures’ iaitu sawan gula

-Paras gula yang tinggi akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan seperti berlari, melompat serta menjerit.


   d. Sakit tekak yang berlarutan

-Masalah ini kebiasaannya terjadi pada waktu tengah malam yang menyebabkan anak-anak berasa tidak selesa pada tekak. Hal ini menyebabkan anak-anak akan mengalami kerap batuk dan sukar bernafas. Hal ini juga kerana kanak-kanak sering mengambil minuman manis seperti susu coklat sepanjang hari menyebabkan mereka akan mengalami ketidakselesaan pada tekak dan pedih pada ulu hati. Kombinasi antara produk tenusu dengan gula adalah memerlukan masa yang lama untuk dicerna.

 






Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI