DISIPLIN ATAU HUKUMAN ?

 



Mendidik anak-anak adalah salah satu peranan besar yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa dan penjaga. Cerminan didikan anak-anak memantulkan kembali personaliti keibibapaan. Justeru, konsep mendidik tersebut menjadi tanda Tanya samada ia benar atau salah di mata ibu bapa mahupun masyarakat. Namun, ini boleh mendatangkan kekecewaan, memenatkan dan meletihkan, malahan mungkin perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh setiap individu yang bergelar ibu bapa.

Terdapat perbezaan besar antara disiplin dan hukuman. Hukuman hanya akan menumpukan tentang bagaimana membuat atau menjadikan seorang kanak-kanak takut kerana melanggar peraturan. Sebaliknya dislipin adalah mengajarnya bagaimana untuk membuat pilihan dan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.


 

KONSEP DISPLIN DAN HUKUMAN


Hukuman adalah sebarang bentuk denda yang diberikan kepada setiap kesalahan yang dilakukan kanak-kanak. Ia menjadikan seseorang anak itu ‘membayar’ untuk kesilapan yang dilakukan. Disiplin membantu kanak-kanak untuk belajar daripada kesilapan dan mengajar mereka cara yang terbaik untuk menangani emosi seperti kemarahan dan kekecewaan.



KESAN NEGATIF HUKUMAN KEPADA ANAK.

  1. Memupuk kebencian dalam kalangan anak-anak kepada ibu bapa.
  2. Melahirkan sifat agresif dalam jiwa mereka.
  3. Perkembangan emosi dan kognitif terbantut
  4. Membuatkan anak tergolong sebagai anti sosial


KAEDAH DISIPLIN DALAM ISLAM

Islam telah menggariskan pengajaran terhadap anak-anak perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi melahirkan golongan masa depan yang vaik dan boleh dicontohi. Namun begitu, Islam tidak pernah lupa menitikberatkan cara didikan yang positif.

 

  • Memukul sekadar peringatan bukan menyakitkan.
  • Mendalami ilmu “Child Development” dan “Parenting”
  • Gunakan kaedah “Reward System”
  • Ajarkan kaedah “Logical Consequences”

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI