Roblox, Superbear, Plato? Adakah Ini Cabaran Dalam Mendidik Anak Zaman Ini

Dalam era globalisasi dan serba serbi canggih ini, sebarang aktiviti mahupun maklumat dapat kita perolehi termasuklah belajar secara dalam talian. Kanak-kanak juga sudah bijak menggunakan gajet dalam kehidupan seharian mereka seperti menonton cerita kartun kegemaran mereka, bermain permainan secara atas talian dan banyak lagi, tanpa perlu diajar. Mereka hanya perlu memerhati apa yang dibuat oleh orang dewasa dan rakan sebaya! Roblox, Superbear, Plato, ini antara permainan di atas talian yang sudah boleh diterokai sendiri oleh anak yang mempunyai akses kepada telefon pintar! 

Namun demikian, penggunaan telefon pintar yang berlebihan akan menyebabkan perkembangan otak anak anda pasif kerana mereka hanya tertumpu pada satu tempat. Hanya visual mereka dirangsang secara berlebihan. Selain itu, perkembangan bahasa mereka juga akan menjadi sedikit lambat. Menurut Donna.com, kebanyakan ahli psikologi menyarankan agar ibu bapa banyak berbual dengan anak sekerap yang mungkin.

Oleh hal yang demikian, ibu bapa seharusnya memastikan anak-anak mendapat pendidikan atau asas yang baik serta kukuh supaya anak-anak akan cepat menyerap ilmu pengetahuan khususnya dari segi akademik mahupun sukan. Jika asas pembelajaran itu tidak kuat, kadar perkembangan minda kanak-kanak mungkin perlahan dan lemah. Pengajaran yang beterusan daripada ibu bapa mahupun guru akan menjadikan seseorang murid itu mampu menyerap apa yang diberikan dengan lebih optimum seperti kata-kata Confucius yang bererti, “Jangan pernah berkata tidak dalam pembelajaran dan mengajar orang lain”.

 


Kredit foto: National Training Laboratories, Maine

Menurut National Training Laboratories, Piramid Pembelajaran menunjukkan bahawa sebahagian besar murid hanya mengingat sesuatu perkara itu hanya dalam 10%, hasil daripada pembacaan. Sebaliknya, para murid akan lebih memahami dan cepat menyerap sesuatu pembelajaran itu dengan mengajar kawan sebayanya atau orang lain iaitu sekitar 90%.

Selain itu, model ini juga menunjukkan bahawa beberapa kaedah pembelajaran lebih efektif daripada kaedah lain kerana kaedah pembelajaran yang lebih bervariasi akan menyebabkan pembelajaran itu lebih baik dan berterusan dalam jangka masa yang panjang.


Permainan secara fizikal yang merangsang pelbagai sensori anak kecil

Kadar efektif kaedah ini walau dalam pembelajaran apa sekalipun, akan dipengaruhi oleh gaya belajar anak-anak anda yang unik dan abstrak. Ada kanak-kanak yang boleh mengingat sesuatu info itu dengan baik melalui pembelajaran visual iaitu spasial, ada kanak-kanak yang mampu memahami sesuatu pembelajaran itu dengan kaedah auditori. Untuk memaksimumkan kadar efektiviti dalam pembelajaran anak anda, anda seharusnya bijak menemukan cara pembelajaran anak kita(learning style).

 

Kredit Foto: Piramid Pembelajaran oleh Williams & Shellenberger (1996)

 

Di samping itu, Piramid Pembelajaran yang dicipta oleh Williams & Shellenberger (1996), mengusulkan bahawa pembelajaran bersifat incremental (berkembang sedikit demi sedikit secara teratur) dan penyatuan sensorik kanak-kanak memainkan peranan besar dalam perkembangan mereka. Piramida Pembelajaran mendemonstrasikan bagaimana tubuh kanak-kanak 'mengatur' input dari sekeliling atau cara input itu ditonjolkan kepada kanak-kanak. Selain itu, piramid ini juga menunjukkan penjelasan yang ringkas tentang cara menghubungkan kesemua pancaindera dan keterampilan anak-anak anda.

Daripada foto di atas, perkembangan kemahiran pada bahagian bawah mesti diperolehi dahulu kemudian diikuti dengan aras di atasnya. Hal ini kerana, semakin tinggi aras tersebut, semakin sukar penguasaannya menyebabkan kanak-kanak perlu menggunakan kemahiran kognitif ataupun kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, ibu bapa dan guru mestilah memantau dan melihat sama ada kemahiran di atas sudah dikuasai sepenuhnya oleh anak atau murid masing-masing.

Sebagai contoh, untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lambat menangkap sesuatu pembelajaran atau disebut delay, guru atau ibu bapa seharusnya peka dan cepat bertindak supaya murid tersebut tidak ketinggalan dalam pembelajarannya. Guru atau ibu bapa haruslah fokus kepada bahagian yang belum dikuasai oleh kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dan mula semula kemahiran tersebut.

Kesimpulannya, ibu bapa dan guru seharusnya berganding bahu dalam menganalisis dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran kanak-kanak agar mereka cepat menyerap ilmu dari semua sudut. Hal ini kerana semua kaedah yang diberikan adalah penting dalam perkembangan minda anak-anak anda seterusnya akan membolehkan mereka lebih cekap mendalami sesuatu ilmu pengetahuan itu sesuai dengan kemahiran ataupun teknik pembelajaran yang mereka gemari.




Walaupun terasa anak lahir 2017 masih kecil, boleh sahaja set janji temu bersama Cikgu Ana untuk mengetahui lebih lanjut tentang program yang kami tawarkan di Tadika Kembara Bijak. Klik http://www.wassap.my/60177784681/2017bl Hanya ada 8 tempat kosong untuk sesi 2021

 

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI