Teknik Guru Menenangkan Anak Kecil Menangis Hari Pertama Di Tadika

Dulu pernah terbaca apabila anak kecil menangis, tunjukkan langit, alam yang terbentang luas. Tunjukkan pokok dan burung berterbangan.

Semalam ada seorang tuan muda 4 tahun yang hadir untuk percubaan. Terkejut juga bila cikgu kata dah balik sebab menangis teruk sangat sampai panas badan. Terus wassap ibunya.

Hari ni dah pesan ibunya hantar dan terus serahkan pada guru. 

Dipujuk pujuk tapi masih menangis hingga tersedu. Tak boleh jadi, Cikgu Ana pun ambil dukung, terus bawa ke belakang, buka pintu dan tunjukkan langit.

Ada bangau ke burung apa tah dekat belakang ni. Dulu bendang tapi dah tak diusahakan. Ada  burung berterbangan. 

Tangisannya makin reda. Tapi masih ada juga sekali-sekala. 

Ternampak ada bunga seri pagi di pagar. Petik dan letakkan di pagar.

Tuan muda tolak bunga. Bunga terjatuh tapi tersangkut di pagar bawah.

Terus buat acah acah main tolak tolak bunga. Ajak petik daun. Buat perkara sama. Senyuman sudah terukir sedikit. Swafoto sekeping, tunjuk pada ibunya agar tidak risau.

Selepas main daun beberapa kali,

"Panaslah kat sini, kita cari kipas nak tak?"

Angguk.

Masuk ke dalam ruang perhimpunan, duduk atas riba.

Nuh datang dekat. 

"Ni baby cikgu, kalau baby cikgu nak tidur, tuan muda duduk bawah ya?"

Angguk.

Habis perhimpunan, ajak masuk kelas. Masih duduk di riba.

Gunakan ayat sama kalau baby cikgu nak tidur, kena duduk bawah tau.

Terus beliau duduk di bawah apabila Nuh datang dekat. Alhamdulillah.

"Cikgu Ana bagi baby tidur dulu ya."

Perlahan-lahan Cikgu Ana keluar.

.

Tak lama jengah balik,

Tengok elok dah duduk atas kerusi. Sudah tiada tangisan.

Alhamdulillah, teknik tengok alam terapi jiwa berkesan. Memang alam ciptaan Allah itu menenangkan. 

Melihatnya saja tanpa perlu berkata apa-apa sudah memberi kedamaian. Tanda wujudnya Yang Maha Pencipta, yang sentiasa kasih pada hamba-Nya.

***
Daftar hari ini dan bayar yuran bulan Januari sahaja dahulu. Terbuka untuk umur 4 & 6 tahun sahaja. Wassap Cikgu Ana 017 778 4681.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI