Hari Pertama Saya Di Tadika Kembara Bijak 2020


Hari pertama saya di Tadika Kembara Bijak (TKB). Cikgu sambut saya dengan belon!

Saya nak 2 belon. 1 nak bagi mama, 1 lagi nak bagi papa! Balik sekolah saya nak beli hotwheels dengan Papa dekat 7E 😂😂😂


Walaupun baru nak masuk 4 tahun, saya kuat. Saya suka ke sekolah. Saya tak menangis 👍👍👍

Sebulan bercuti terasa sekejap. Walaupun dah pernah ke tadika, saya masih rasa sedih nak berpisah dengan mama! Alhamdulillah saya jumpa kawan lama saya. Saya kembali ceria 💪💪💪

"Siapa nak sticker?", tanya Cikgu Maziah.

"Saya saya!"


Saya suka main cap cap. Saya pakai apron. Saya belajar untuk tidak mengotorkan baju saya. Tapi, kalau terkotor jangan marah ya mama 🤭🤭🤭

Saya perkenalkan diri saya di hadapan.

"Nama saya...."

Cikgu beri saya tanda nama. Saya lekatkan di baju.

Hari ni Teacher Mimi masa kuewteow goreng. Sedap! Saya tambah 2 kali 🍝🍝🍝

Hari ni kita main dulu Cikgu kata 🤭🤭🤭

Saya belajar bagaimana nak berkongsi permainan. Saya perlu minta jika nak permainan kawan. Tak boleh rampas. Saya tak boleh ketuk permainan di meja, nanti rosak, saya tak boleh main lagi 😂😂😂

Nama saya.... macam Puteri Raja 😁😁😁

Selain kawan lama, saya juga dapat kawan baharu. Ada Cikpuan Muda Zara, Tuan Muda Hamzah dan Tuan Muda Imran.

Sekian sahaja cerita hari pertama saya di Tadika Kembara Bijak.

Doakan kami semua ceria, sihat dan sentiasa gembira belajar di sini ya.

***
Kelas percubaan Januari dibuka untuk anak 4 & 6 tahun. Hanya bayar yuran bulanan dahulu. Hubungi Cikgu Ana, 017 778 4681.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI