Ganjaran Material, Sampai Bila?


Selain daripada anak yang menangis hari tu, ada juga situasi anak menangis bila ibu hantar. Dalam 5-10 minit memang akan berhenti.

Tapi hati ibu mana yang tak sedih apabila hampir setiap pagi, 'drama air mata'.

Terlebih dahulu, tahniah kerana ibu sangat 'attach' dengan anak. Anak yang apabila ibu ada mula buat drama ni sebenarnya sangat tahu yang ibunya sayang. Untung2 kalau buat drama ibu tak pi kerja dan bawa pi jalan2 πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ibu kena kuat. Kena tahu yang di tadika anaknya baik-baik sahaja. Cuma waktu pagi tu mungkin saja nak 'bermanja' dengan drama.

Takkan nak drama sepanjang tahun cikgu?

Untuk rekod, kami ada yang drama air mata sehingga hujung tahun. Yang peliknya anak ini, waktu pagi je menangis, waktu habis sesi kelas dan mula rehat, dia punya petah bercakap.... memang bak bertih jagung.

Semalam cuba taktik reward material pada seorang anak 4 tahun. Ibunya wassap risaukan anak. Apabila diambil video, tak ikut pun menari. Buat statik je kaku. Cikgu Ana pun berjanjilah untuk 'sembang' nanti.

Waktu habis makan semalam, panggil sekejap.

"Kenapa Tuan Muda A tak menari bila lagu tulang2 la.." lebih kurang gitulah tanya Cikgu Ana.

"Malas...."

Ha tengok, anak 4 tahun pun tau malas tau.

"Tuan muda suka tak plastisin?", sambil menunjukkan seplastik besar berisi kotak plastisin.

Angguk.

"Nak warna apa?"

"Purple".

"Ok, esok kalau tuan muda datang tadika tak menangis, Cikgu Ana bagi yang ni. Cikgu Maziah esok tolong tengok ya...", lakonan Cikgu Ana bermula.

"Ok, janji?", sambil buat gaya janji ala sekolah dulu2.

Sambil tu wassap juga ibunya, habaq la dah janji nak hadiahkan plastisin. Boleh jadi modal lakonan ibu di rumah. Ibu pun boleh drama ok 🀭🀭🀭

...
Hari ini, dapat wassap...

"salam ckg...dia xteriak ari ni...sbb dia bgtau cg ana janji nk bg plastisin besaq kt diaπŸ˜‚πŸ˜‚"

Sampai ke tadika pagi ni, terus pi tanya.

"Hari ni nangis tak?"

"Tak nangis...", Cikgu Maziah tolong jawab.

"Bagus tak nangis. Allah sayang, ibu sayang, cikgu sayang... esok jangan nangis lagi tau..."

"Nah ambillah plastisin..."

"Nak warna hijau... "

Plastisin, harganya baru 95 sen sekotak. Namun di mata anak kecil, tinggi nilainya.

Umur 3-6 tahun ni biasanya mereka masih perlukan ganjaran material.

Nanti dah darjah 1, dah tau satu barang RM2.10 je, dah tak pelik agaknya.

Kita cuba dahulu mana teknik yang ada. Sambil puji ikut skrip teknik mendorong.

Allah jua yang memberikan kemudahan. Rabbi Yassir Wala Tuassir.

-Cikgu Ana

***

Kelab Taekwondo untuk anak 4-9 tahun yang tiada asas akan bermula Februari. Wassap Cikgu Ana untuk info. 017 778 4681.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI