Anak Saya Disleksia Ke Cikgu?


Anak tulis terbalik? b dikatakan d, p dan q begitu juga. Apabila menulis nombor 5, 7 pun sama!

Relaks, jangan panik dahulu.

Anak dibawah umur 7 tahun kebanyakannya memang akan menulis huruf dan nombor terbalik kerana masih belum mahir sepenuhnya.

Anak yang sudah lancar membaca sekalipun, adakalanya akan tertukar bentuk ketika menulis. 

Cuba lihat antara ciri-ciri di atas. 

Jika anak tu membaca pun sudah boleh, bercakap pun macam bertih jagung, tertukar sekali-sekala ketika menulis atau membuat aktiviti berkaitan penulisan adalah normal.

Pernah lihat anak seorang kawan yang memang didiagnos disleksia, semua huruf yang ditulis seakan-akan imej cermin. Boleh dikatakan semua. Bukan hanya sekadar b dan d, p dan q.

Jadi bagaimana nak membantu anak yang keliru?

Minta anak buat tangan begini, di atas meja.

Jika saya, mulakan dengan menyanyi sahaja.

Dari kiri (sebab kita menulis rumi dari kiri ke kanan), saya akan nyanyikan a, lepas tu gerakkan tangan kiri anak yang sudah digenggam berbentuk b, c... d (gerakkan pula tangan kanan).

Minta anak semak, mana yang sama, b dan d.

Anak yang tiada isu dan boleh membaca asas biasanya sudah boleh terus nampak.

Cuba beberapa kali, jangan hanya sekali dan give up. 

Uji lagi anak di lain masa. Minta mereka gunakan tangan sendiri setiap kali terlupa.

Seorang Juruterapi Cara Kerja pernah berpesan, bantuan (prompting) secara fizikal (pegang tangan anak) perlu diulang, sekurang-kurangnya 10 kali. Ya 10 kali.

Jadi jika baru bantu anak sekali dua, jangan terus cop anak kita atau anak orang disleksia 😂😂😂

Ali (anak saya yang berumur 6 tahun 2 bulan), sudah boleh membaca buku cerita juga masih sekali-sekala menggenggam tangannya ketika membaca iaitu ketika dia keliru huruf b dan d. Lawak juga kadang-kadang melihat gelagatnya. Kan jari dan tangan tu antara anggota kurnian Allah. Gunakan sahaja, tak perlu pening cari alat bantu mengajar lain.

Ada cara lain cikgu?

Ya, ada. Tapi yang ini memerlukan kemahiran mengajar khusus. Teknik Magicline namanya. Diperkenalkan oleh Puan Rosilah Ahmad, seorang guru prasekolah KPM.

Teknik ini menggunakan beberapa garisan asas dan lengkung dahulu kemudian barulah diperkenalkan cara menulis huruf.

Setelah kami guru-guru Tadika Kembara Bijak, Tadika Cilik dan Cilik Ilmu berbengkel, kami cuba susun dan aplikasikan teknik ini. Ternyata banyak membantu anak-anak menulis dengan baik, malah lebih cantik.

Perhatikan apabila anak menulis huruf d. Apabila anak menulis garis lurus dahulu baru lengkung, di sinilah anak akan keliru, nak lengkung ke depan atau ke belakang.

Sepatutnya, apabila menulis, kita perlu menulis dari kiri ke kanan. 

Jadi, apabila menulis huruf d, kita perlu ajar anak menulis lengkung dahulu, barulah garis lurus.

Apabila menulis huruf b, kita perlu mengajar anak kecil, menulis garis lurus dahulu secara atas ke bawah, kemudian, barulah kita tulis lengkung.

Haaa.. pening? 

Jangan pening, cuba gugel sahaja asas menulis, kebanyakan pada huruf akan ada anak panah. Itulah arah tulisan yang sepatutnya diikuti untuk memudahkan anak kecil.

Saya tulis dari bawah ke atas ok je cikgu, tulis d garis dulu baru lengkung ok je pun. Apa la susah sangat?

Ya ampun, jangan sesekali bandingkan apa yang kita dah dekat umur 40 ni dengan anak baru 4 tahun. Entah dulu cikgu atau ibu kita menangis di bucu katil nak bagi kita boleh tulis dan membaca. Kita mungkin dah tak ingat semua tu. 

Sedangkan hari lahir, anniversary pun lama-lama kita lupa, apatah lagi kemahiran tulis baca. Janganlah dengar ada orang mendabik dada, dia automatik pandai baca, tak perlu masuk tuisyen. 

Kemahiran membaca ni adalah satu yang bukan diperolehi secara mudah, perlu diajarkan mengikut langkah demi langkah.  Cikgu 30 tahun lepas pun penat 'trick' anak murid belajar sambil bermain sampai anak murid tak sedar dia sedang belajar membaca. Tiba-tiba anak murid tu kata pandai sendiri 🤭🤭🤭

Disclaimer : ada anak yang sudah ada diajarkan huruf al-Quran yang boleh terus kaitkan dengan huruf rumi. Cuma kata kuncinya, ada yang mengajarkan juga. Melalui huruf al-Quran, anak sudah tau bunyi... jadi ada asosiasi. Bukanlah ia kemahiran seperti meniarap, merangkak yang tak perlu diajarkan.

Aduhai, panjangnya Cikgu Ana menaip. 

Kesimpulannya, setiap ilmu itu ada disiplinnya. Ada langkah demi langkah. Ada langkah mudah dan gembira, ada langkah ala tentera yang mungkin cepat tapi meninggalkan kesan fobia pada anak.

Bermulalah awal, bermula betul. Masih ada beberapa kekosongan untuk anak 4 dan 6 tahun di Tadika Kembara Bijak, Jitra. Hubungi Cikgu Ana untuk kelas percubaan. 017 778 4681.


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI