Bagaimana Anak Kecil Menghargai Kehidupan

Wah bunyi tajuk macam wow sangat 😂


Sebenarnya baru belek-belek buku lama, The Science Of Parenting. Lama dah beli buku ni, kirim dekat kawan masa BBW 2 tahun lepas agaknya.

Mata terhenti dekat satu tajuk, The first love affair.

"Falling in love with a parent is very important since this love is so often transferred to a love of life."

Emma, seorang anak 4 tahun yang sangat "in love" dengan ayahnya. Ayahnya baru sahaja meletakkan sebekas jeli di depan Emma. Emma dengan penuh ekspresi menyatakan, "Ini jeli yang terbaik pernah saya lihat!"

Emma baru sahaja memindahkan rasa cinta kepada ayahnya kepada cinta kepada kehidupan.

Apabila terbaca topik ni, teringat kepada ayat seorang anak 5 tahun di Tadika Kembara Bijak kepada saya.

"Cantiklah bilik Cikgu Ana, macam dekat pantai..."

Masa tu baru sahaja kemas stor di tadika. Memang 'horror' jugalah stor tu . Selepas beberapa hari dibuat penyisihan, disusun atur semula meja dan kerusi, ada la rupa bilik sikit. Masa tu terfikir, apa lah kaitan bilik ni dengan pantai.

Lepas dah terbaca buku ni, boleh nampak kaitannya. Anak ini mungkin ada pengalaman seronok di pantai bersama ibu dan ayah. Jadi, dia menggunakan pengalaman dan kecintaannya itu untuk menghargai 'keindahan' bilik cikgunya.

Haaaa nampak kan?

Sebab tu perasan anak kecil ni dia suka ulang benda yang dia suka. Contohnya saya mandi kolam, saya pergi hotel.

Kesimpulannya, untuk anak menghargai kehidupan, anak perlu jatuh cinta dengan orang yang rapat dengan mereka dahulu. Siapa lagi jika bukan kita selaku ibu, ayah atau tok sekalipun.

***
Walaupun terasa anak lahir 2016 masih kecil dan tak sampai lagi usia 4 tahun, ibu mana yang tak gembira bila anak petah berbicara selepas ke tadika. Semua nak diceritakan kepada ibu. Hilang penat ibu bekerja seharian. 

Masih ada 5 tempat kosong untuk anak 4 tahun di Tadika Kembara Bijak. Hubungi Cikgu Ana untuk janji temu.

Wassap http://www.wassap.my/60177784681/4tahun

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI