4 Tip Pertama Kali Menghantar Anak Ke Tadika

                       
Menghantar anak ke tadika merupakan satu pengalaman baharu ibu ayah. Jika sudah biasa ke taska biasanya peralihan tidaklah sukar berbanding yang sebelum ini duduk bersama pengasuh, tok atau dijaga sendiri oleh ibu.
Teringat ada terbaca dulu beberapa tip untuk ibu ayah yang baru pertama kali menghantar anak ke tadika,

1. Bawa anak ke tadika yang telah dibuat tinjauan. Sentiasa ceritakan bila nak ke tadika, ada apa dekat tadika. Ada kawan, ada permainan.

2. Maklumkan pada anak bila kita akan ambil. Ambil tahu aktiviti anak di tadika.
"Nanti lepas makan petang, mama datang ambil."
"Tengok jam dekat kelas, jarum pendek pukul 1, mama datang."

3. Salam, peluk cium dan terus tinggalkan anak kepada guru bertugas. Walaupun anak menangis. Insya-Allah sekejap sahaja tangisannya. Berikan kepercayaan kepada guru. Sekiranya anak menangis tidak henti, pastinya guru akan menghubungi kita.

4. Puji anak ketika pulang. Jika ada janjikan ke kedai eko ke, diy ke, tunaikan segera. Jangan diungkit kisah anak menangis pagi tadi, sebut yang baik-baik sahaja.
"Tadi Cikgu hantar gambar, mama tengok ada teloq 2 biji. Nuh buat apa tadi?"
Layanlah anak bercerita. Sentiasa puji di depan ayahnya, toknya. Biar dia bangga dia sudah berani, rajin ke tadika!

4 tip ini nampak ringkas dan boleh dibuat, tapi percayalah akan banyak cabarannya. Ada anak yang hanya menangis pada hari pertama, ada yang terbawa hingga sebulan malah ada yang ada hingga ke hujung tahun. Lain anak lain cabarannya. Kita usaha dan serahkan pada yang Maha Kuasa.

Didoakan Allah mudahkan urusan ibu ayah menghantar anak ke tadika pilihan.

Pendaftaran 2020 di Tadika Kembara Bijak hanya ada 8 kekosongan sahaja. Kelas 5 tahun sudah penuh. Hubungi Cikgu Ana untuk kelas percubaan pada Ahad - Selasa depan. 



Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI