Projek Tanaman Hidroponik Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah



Sebagaimana tanaman ini perlukan air, baja dan udara untuk terus hidup, begitulah anak-anak anugerah Allah.

Walaupun ditanam pada hari yang sama, ada yang sudah tinggi, ada yang rendang dan ada juga yang langsung tidak tumbuh.

Ini projek tanaman hidroponik tuan muda dan cikpuan muda sebelum hari raya di bawah tema TUMBUH-TUMBUHAN. 

"Tuan Muda Zharif mesti sebelum balik tengok tanaman dia", beritahu guru.



Kecerdasan pintar intanaturalistik, antara 9 teori kepintaran (multiple intelligences) oleh Howard Gardner. Ada anak-anak yang memang tanpa diajar-ajar atau disuruh-suruh, minatnya terarah kepada flora dan fauna. Ada anak kita yang begini? Atau ada kenalan yang memang kita boleh lihat minatnya ke arah ini. Nak dikata ibu bapanya petani, tidak pula. Adik-beradiknya juga bukan semua mempunyai minat yang sama.

Kami di sini percaya bahawa tadika perlu dinaik taraf bukan sekadar tempat untuk belajar baca, tulis dan kira. Malah lebih daripada itu. Jika dilihat daripada 6 tunjang utama dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang digunakan di tadika berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, komunikasi merupakan salah satu tunjang. Kemahiran membaca dipelajari di bawah tunjang ini. Namun terdapat 5 lagi tunjang yang perlu diterapkan dan diterokai oleh anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun.

Inilah masa emas mereka yang tidak boleh disia-siakan dengan hanya menekankan kepada 1 aspek sahaja. Malah dalam teori kecerdasaran pelbagai Howard Gardner, anak-anak yang pintar bahasa atau lingusitik ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan pintar bahasa yang dominan memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. 




Jadi tidak hairanlah, anak-anak yang mempunyai kecerdasan kinestetik, akan sedikit lambat dalam perihal melibatkan bacaan yang memerlukan kemahiran fokus dalam masa yang konsisten. Namun, cuba lihat sewaktku Hari Sukan, anak mana yang akan lebih pantas berlari dan menyelesaikan aktiviti? 

Jika kita sebagai ibu bapa faham perkara ini, kita tidak akan mudah 'stress' dan membanding-bandingkan anak seusia mereka dan berlainan kepintaran. Ibu bapa akan lebih tenang dan mendorong anak-anak mengikut kepintaran dan tahap anak-anak.


Setiap anak ada bakat dan perkembangannya tidak akan sama walaupun adik beradik kembar. Dorong mereka agar bangga dengan apa yang mereka ada, bajai dengan kasih sayang dan usahakanlah apa yang ada di dalam kawalan kita dalam mendidik mereka.


"Every flower blooms in its own time."

***
Walaupun ada yang terasa bajet tak ada untuk hantar anak ke ABS Jitra, boleh sahaja berhubung dengan Pengurus kami untuk sebarang soalan. 

Whatsapp <ABS Nama anak & tahun lahir> ke 017 778 4681 untuk menetapkan janji temu.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI