Menaikkan Rasa Percaya Diri Anak Melalui Aktiviti Bersesuaian Dengan Umurnya


Bayangkan dua situasi ini, dapat menjawab soalan yang diberi dan mendapat tepukan gemuruh dan tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.

Keyakinan hanya akan datang apabila kita sudah pelajari sesuatu itu dan apabila disoal, boleh pula menjawab dengan pantas dan betul. Anak-anak sedaya upaya akan mencuba menjawab soalan. Apabila setiap jawapan yang diberikan adalah salah, mereka mudah kecewa. Anak-anak kecil ini masih belum ada motivasi dalaman yang tinggi. Mereka baru berumur seawal 4 tahun, 5 tahun atau 6 tahun. 

Jadi bagaimana mereka dapat membentuk keyakinan diri yang mereka boleh 

Dengan berjaya menjawab soalan, didorong dan sentiasa dipuji.

Seringkali di sekolah, guru atau pakar motivasi selalu berkata,

"Tak apa salah pun, jawab sahaja."

Tetapi berapa ramai yang berani mengangkat tangan? Sekiranya ramai, sudah tentu tidak keluar ayat diminta menjawab, tak kira salah atau betul.

Di Tadika ABS Jitra, anak-anak sering disoal dengan format seperti,

"Siapa yang datang pagi ini dia mandi?"

Sudah tentu anak-anak ini mandi bukan?

"Siapa yang datang pagi ini dia susun kasut di rak?"

Sudah tentu ini rutin di tadika, mereka akan automatik meletakkan kasut di rak sekiranya rutin ini diajarkan dari hari pertama persekolahan.

Dengan soalan yang pasti boleh dijawab Ya atau dengan mengangkat tangan, anak-anak ini akan seronok dan yakin apa yang mereka buat itu suatu yang baik. Apatah lagi apabila ditambah dengan pujian.

"Siapa yang buat semua perkara cikgu sebutkan tadi, Allah sayang!"

atau pun diberikan markah.

"Cikgu bagi 30 markah sebab letak kasut di rak dengan elok!"

Rasa yakin, percaya diri, bukanlah satu magik yang boleh diperolehi dengan memakan kapsul atau gula-gula. Ianya datang dengan persekitaran yang mendorong, saling memuji dan berlumba-lumba mahu berbuat kebaikan.

Di Tadika ABS Jitra, kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK) digunakan sebagai dasar untuk mendidik anak-anak ini dengan aktiviti yang bersesuaian dengan umur mereka. Aktiviti ini akan bersesuaian dengan perkembangan mereka mengikut usia. Apabila aktiviti ini bersesuaian dengan perkembangan mereka, mereka akan mudah dapat menjawab soalan yang diberikan. Sehari demi sehari, daya percaya diri mereka akan lebih tinggi!

Di Tadika ABS Jitra, penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang penuh dan sopan santun, menggalakkan anak-anak ini bertutur penuh walaupun apa jua dialek yang digunakan di rumah, merupakan salah satu alat untuk anak-anak ini menunjukkan peradaban yang tinggi. Bukan Bahasa Melayu yang kami perjuangkan. Ia lebih besar daripada itu. Ia perjuangan mengembalikan peradaban berbudaya tinggi yang semakin lama semakin menjauh daripada generasi muda.

Bukankah apa yang kita tuturkan secara kerap itu lebih tinggi impaknya daripada segala teori yang hanya tertulis di dalam buku semata-mata.

***

Walaupun sibuk dengan kerja seharian, melihat anak kini semakin sopan santun sejak bersekolah di ABS Jitra, hilang rasa semua penat bekerja!

Open Day Tadika ABS Jitra, Sabtu 26 Ogos 2017.   Whatsapp <OpenDay Nama anak & tahun lahir> ke 017 778 4681 untuk pengesahan kehadiran.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI