Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Tadika


"Tadika bukan hanya tempat belajar membaca, tulis dan kira semata-mata..."

Ini 6 tunjang Kurikulum Prasekolah.

+ Komunikasi
+ Kerohanian, Sikap dan Nilai (KSN)
+ Kemanusiaan
+ Keterampilan Diri
+ Perkembangan Fizikal dan Estetika
+ Sains dan Teknologi

Melalui Kurikulum Prasekolah, Tunjang Komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Bagi murid di Sekolah Jenis KebangsaanCina/Tamil, mereka wajib mempelajari Bahasa Cina/BahasaTamil.
Belajar membaca merupakan salah satu kemahiran yang dipelajari dalam tunjang komunikasi. Sebab itulah kami katakan, tadika bukan hanya tempat belajar membaca, tulis dan kira semata-mata. Semua 6 tunjang ini digunakan sebagai panduan dalam mendidik anak-anak dari umur 4 hingga 6 tahun.

Hanya tadika yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan menggunakan sepenuhnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan akan menggunapakai 6 tunjang ini.

Di ABS Jitra, selain menggunakan KSPK di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran seharian, modul Aktif Bijak Santun melalui Kelab ARAF dan Sains Little Ibnu Sina, memberikan nilai tambah dalam pendidikan awal anak-anak 4-6 tahun ini. Modul yang tersusun dan menepati fitrah anak-anak aktif yang belajar menggunakan pelbagai deria merupakan modul inovasi khusus di ABS.

Tadika Kembara Bijak
Taman Idaman Jitra Kedah
No Pendaftaran KPM K5A4889

***
Walaupun terasa anak baru 4 tahun dan belum bersedia ke tadika, ibu tak sangka anak semakin petah berkata-kata dan boleh bergaul dengan baik di ABS Jitra. 

Pendaftaran slot kelas percubaan dibuka untuk minggu pertama Disember 2017.  Whatsapp <ABS Nama anak & tahun lahir> ke 017 778 4681 untuk mendaftar.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI