Cef Cilik Di Tadika ABS Jitra Melatih Kreativiti Anak Kecil

Cef Cilik Elsa, antara program yang pernah diadakakan semasa cuti sekolah di ABS Jitra
Saya masih ingat lagi semasa kecil terbaca buku resipi emak. Waktu itu tidak terasa kepentingan mahu menyimpan buku tersebut. Masih terbayang-bayang buku berkulit tebal yang ditulis emak.

Memasak bukan suatu yang menjadi minat. Makan sudah tentu. Selera tak terhingga. Tolak batu dan kayu sahaja orang kata.


Sedap itu subjektif. Ada yang suka kurang garam, ada yang suka manis, malah ada yang suka masin dan sedikit pahit. Hasil akhir masakan itu adakalanya bukan menjadi skor utama, proses memasak itulah sebenarnya yang banyak mengajar diri menjadi seorang manusia. Belajar ilmunya, sukatannya, cara-cara dan pantang larangnya.

Tak kurang dengan melatih sifat sabar, tolong-menolong dan bergilir dalam menggunakan peralatan yang perlu dikongsi. Kreativiti juga membezakan hasil akhir masakan seseorang individu dengan individu yang lain.


Poster program lepas. Program yang sangat disukai oleh anak-anak kecil, menghasilkan dan menghias Cup Cake!

Ada juga yang memandang masakan sebagai terapi. Namun jangan sehingga terlebih keperluan kalori! Itu juga satu ilmu yang perlu dipelajari.

Atas kepelbagaian ilmu yang merentasi pelbagai disiplin, kami sedang merancang satu siri kelas Cef Cilik yang sesuai buat anak-anak 3 hingga 9 tahun. Kelas akan diadakan pada hari Sabtu terpilih dan pada waktu cuti sekolah nanti. Nantikan pengumuman dari kami.

***
Ibu mana yang tidak gembira melihat anak petah berbicara sejak belajar di ABS Jitra. Adik beradik pun sudah mula komen, kenapa cakap banyak sangat ni? Hilang rasa penat walaupun pejabat ibu agak jauh dari tadika.


Pendaftaran 2018 dibuka untuk anak-anak yang lahir 2014, 2013 dan 2012. Whatsapp <nama & tahun lahir anak>ke 017 778 4681 untuk info pendaftaran 2018. Ada hadiah istimewa buat pendaftaran sepanjang Julai 2017.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI