Selamat Datang April




Sabtu 4 April 2015
Jadual kelas 4 Aktif, 5 Bijak dan 6 Santun telah siap.

Kelas Bacaan Bahasa Melayu & Iqra' akan diteruskan setiap pagi Ahad hingga Selasa.
Senaman pagi akan dibuat setiap hari Rabu. Aktiviti Motor Halus, 'Smart Solat', Kelab Usahawan Abdul Rahman Auf ('ARAF) dan Kreativiti akan dibuat pada setiap hari Khamis.

Kelas Sains Little Ibnu Sina akan diajarkan mengikut kelas dan akan dikendalikan oleh Cikgu Laila. Pembelajaran sains melalui cerita ini akan membawa para pelajar meneroka alam sains dengan cara yang menggembirakan. Watak-watak seperti Pakcik Kismis, Mat Plastisin dan Puteri Kadbod akan menemui para pelajar. Kebesaran Allah dapat ditemui di sebalik sains.

Cikgu Maziah akan mengajar subjek Matematik dan Bahasa Arab Bahasa Syurga pula akan dikendalikan oleh Cikgu Salwa. Subjek Jawi juga akan turut diajarkan supaya para pelajar lebih cekap mengenal dan menulis jawi. Cikgu Salwa juga akan mengendalikan kelas Pendidikan Agama Islam.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diajar oleh guru kelas masing-masing iaitu Cikgu Maziah 4 Aktif, Cikgu Laila 5 Bijak dan Cikgu Salwa 6 Santun.
Setelah selesai waktu rehat, para pelajar akan menjalankan amali solat. Dimulai dengan Ahad (Solat subuh) sehingga hari Khamis (Solat Isya').

Doakan kami dikurniakan kekuatan dan istiqamah dalam mendidik anak-anak syurga ini.
Ya Allah, rahmatilah dan peliharalah keselamatan anak-anak ini, terangkan hati mereka dalam menerima ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh guru-guru.

Kelas Iqra' & Bijak Membaca Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra.

Pendaftaran sesi petang dibuka sekarang untuk umur 3-6 tahun atau yang masih belum lancar membaca.

SMS/WhatsApp <iqra'/baca> <nama & umur> ke 0177784681 untuk mendaftar.
Tadika ABS Kembara Bijak
37 Taman Darulaman
Jalan Osman Aroff
06000 Jitra Kedah
(Berdaftar di bawah KPM)
04 917 3221
0177784681 (Puan Nurul)

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI