Posts

Kekalkan Tenaga Anak-Anak yang Berpuasa Sepanjang Bulan Ramadan

Image
  TABIAT PEMAKANAN YANG MEMBOLEHKAN KANAK-KANAK KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BULAN RAMADAN Marhaban Ya Ramadan! Bulan Ramadan tiba lagi. Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik akhirnya tiba juga bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Bulan Ramadan. Ibu bapa semestinya orang yang paling bersemangat dan teruja mengajar serta melatih anak-anak khususnya kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk mula berpuasa secara berperingkat. Mengajar anak-anak berpuasa mungkin merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuh oleh ibu bapa. Namun begitu, situasi tersebut akan menjadi lancar dan teratur sekiranya ibu bapa bijak menguruskan pemakanan si kecil mengikut tahap ketahanan anak-anak itu. Tidak kisahlah jika anak-anak hanya mampu berpuasa hanya separuh hari atau sebaliknya, ibu bapa semestinya menyokong anak-anak serta sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak untuk menjalani ibadah puasa pada hari berikutnya. Antara aspek atau elemen yang mampu membuatkan kanak-kan...

Fine Motor Movement? Apakah contoh-contoh elemen ini dalam perkembangan pergerakan kanak-kanak?

Image
  PERKEMBANGAN MOTOR HALUS             Acap kali kita mendengar tentang perkataan motor halus ini. Namun begitu, adakah kita sebagai guru mahupun ibu bapa mengetahui sepenuhnya definisi motor halus atau dalam Bahasa Inggeris bermaksud Fine Motor Movements ini? Dipetik daripada laman web Sakinahamid.com, motor halus ialah penggunaan anggota badan bagi melakukan pergerakan yang hanya melibatkan otot-otot kecil pada jari jemari serta pergelangan tangan, jari kaki, bibir dan juga lidah. Rajah 1. Carta Piramid Perkembangan Motor Halus             Terdapat beberapa fasa dalam perkembangan motor halus ini iaitu: 1.  Perg erakan jari-jemari ( Fine Motor Movements ) Contoh permainan / aktiviti yang melibatkan pergerakan jari-jemari:   2. Fine Motor Strength Water Spray Pinching cloth pegs Squeezing 3..  Koordinasi Tangan-Mata (Eye-Hand Coordination) Ring toys ...

Cef Cilik : Resipi Nugget Homemade

Image
Kembara Cuti Sekolah kali ini membawakan 4 menu untuk 4 minggu. Minggu pertama : Tauhu Begedil Minggu kedua : Kek Cawan Coklat Minggu ketiga : Aiskrim Malaysia Oreo & Cokicoki Minggu keempat : Nugget Homemade Slot kali ini dikendalikan oleh Master Chef Cikgu Maziah. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan. Bahan :        Isi dada ayam dipotong kecil 2 biji telur 5 ulas bawang putih 2 biji bawang merah Serbuk lada hitam & putih (secukup rasa) 3 sudu makan tepung ubi kayu Garam dan perasa (1 kiub ayam jika suka)  Lobak merah dipotong halus Daun sup  Sedikit mentega (untuk disapu pada loyang sebelum dikukus) Salutan : Tepung gandum 1 sudu makan Tepung beras 1 sudu makan Telur Serbuk roti Cara-caranya : 1. Kisar bahan-bahan sehingga halus. Kami gunakan pengisar biasa sahaja. 2. Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuangkan bahan telah dikisar tadi. 3. Kukus selama 30 minit. 4. Keluarkan 'kek nugget' dan potong mengikut saiz yang diingini. 5. ...

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

Image
  Photo by  cottonbro  from  Pexels No book for today! Kebanyakan kanak-kanak akan berasa gembira dan seronok jika ibu bapa atau guru tidak menggunakan buku atau alatan bantuan mengajar seperti kertas dan pensel di rumah atau di dalam kelas. Kanak-kanak cepat berasa bosan jika mereka asyik dibebankan dengan ‘homework’ atau kerja sekolah yang memerlukan mereka menulis. Sekali-sekala, ibu bapa dan guru mestilah membenarkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka yang unik itu untuk mencipta sesuatu yang mereka suka. Sebagai contoh, ibu bapa atau guru memberikan permainan yang mampu menarik minat mereka dalam masa yang sama dapat melatih dan merangsang minda mereka. Contoh permainan tersebut ialah blok atau mainan yang bersifat konstruktif di mana mainan tersebut boleh dibina dan disusun. Dalam buku Ada Apa Dengan Bermain karya Dr. Putri Afzan Maria, beliau menulis tentang satu topik iaitu Do You Know That Children go Through 6 Expected Stages in Their Block Play....

4 Aktiviti Menarik Menggunakan Bahan Di Rumah Untuk Anak 4-6 Tahun

Image
Anak dilatih untuk bersopan-santun dan hormat sesama kawan dan yang lebih dewasa di Tadika Kembara Bijak Si kecil anda lincah dan bertenaga sepanjang hari? Jika ya, maka jangan biarkan mereka kebosanan atau masa mereka terbuang begitu saja tanpa ada aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Ibu dan bapa mana yang tidak mahu anaknya aktif, pintar dan kreatif.  Namun, kebanyakan ibu bapa kurang peka tentang tahap kreatif anak masing-masing kerana kreativiti itu bukanlah sesuatu yang datang secara semula jadi. Kreativiti itu perlu dipupuk dan dirangsang secara konsisten agar hal itu menjadi kebiasaan dalam diri si kecil. Ibu bapa juga haruslah mengetahui bahawa rumah merupakan tempat utama mereka menghabiskan masa berbanding jadual mereka di sekolah atau tadika. Dalam erti kata lain, rumah adalah tempat mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan banyak bahan di rumah yang boleh dijadikan objek bagi meningkatkan daya kreativiti yang boleh membuatkan pembelajaran lebih men...

3 Skrip Bercakap Dengan Anak Supaya Anak Rasa Difahami

Image
Menurut Hattersal (1985) dan Mudjiran.ddk (2007) menyatakan bahawa emosi adalah psikologi yang merupakan pemgalaman subjektif (perasaan) yang dapat dilihat dari reaksi wajah dan tubuh. Kanak-kanak merupakan golongan yang turut sama mengalami beberapa fasa perasaan seperti orang dewasa seperti fasa perasaan sedih, kecewa dan marah. Kecenderungan kanak-kanak ketika mengalami fasa ini lebih kepada ingin meluahkan dan meminta akan didengari dan difahami beserta menunjukkan perasaan empati (memahami) oleh ibu bapa mahupun guru. Menurut Rosmaria Mohd Sahat dalam buku beliau yang bertajuk “Say It Right” menyatakan yang anak-anak berkebolehan untuk menilai kualiti emosi yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru melalui konsep “seeing is behaving”. Menurut Adele Faber dan Elaine Mazlish, dalam penulisan mereka menyatakan yang setiap apa yang diperkatakan oleh ibu bapa dan guru boleh memberi kesan kepada harga diri kanak-kanak sebagaimana penulis menggambarkan ia seperti “When kids feel right,...