TANDA - TANDA MURID YANG MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN
Tanda-tanda masalah pembelajaran boleh dikenal pasti seawal usia tiga tahun. Kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat, dalam beberapa bidang perkembangan, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran apabila remaja dan dewasa kelak.. Berikut adalah antara tanda-tanda yang boleh dikenal pasti semasa kanak-kanak di pra-sekolah atau semasa awal persekolah:
Tanda- tanda semasa pra-sekolah
Kurang tumpuan
Masalah menyebut perkataan/ pelat
Tidak menggunakan banyak perkataan (tidak bercakap dalam ayat)
Tidak pandai bergaul dengan kawan
Tidak dapat mengikut arahan
Lewat bercakap
Masalah untuk belajar nombor dan huruf
Tanda-tanda semasa awal persekolahan (7-8 tahun)
Masalah mengaitkan huruf dan bunyi
Keliru dengan makna perkataan mudah contoh makan, lari dan lain-lain
Sering membuat kesilapan dalam menggunakan huruf (b=d) dan (m=w)
Masalah transposisi iaitu kesilapan dalam susunan suku kata contoh baldi dikatakan bladi
Keliru dengan tanda matematik (+, -, x, /, =) dan arah kanan dan kiri
Lebih bergantung kepada kebolehan menghafal
Tidak pandai merancang
Masalah untuk berinteraksi dan bergaul
Comments
Post a Comment