4 Kebaikan Muzik Untuk Kanak-Kanak
1- 1- Membantu Perkembangan Bahasa
Kajian membuktikan bahawa muzik meningkatkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak. Melalui muzik kanak-kanak dapat mengenal bunyi huruf dan perkataan. Lagu ABC antara lagu awal yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang turutan huruf. Malah, kosa kata baru juga dapat dipelajari melalui lagu. Nyanyian seperti “Bila rasa gembira, tepuk tangan” yang diiringi dengan pergerakan tepuk tangan, memberi kanak-kanak penjelasan secara tidak langsung bahawa ‘tepuk’ adalah kata kerja dan pergerakannya adalah seperti bertepuk tangan.
2- 2- Meningkatkan Daya Fikir
Muzik seperti biasa mampu menguatkan ingatan. Bukan sekadar
di peringkat kanak-kanak, orang dewasa juga banyak mengambil manfaat untuk
menghafal sesuatu melalui irama dan rima. Ini adalah peluang yang baik untuk
menerapkan sebarang ilmu awal kepada anak-anak melalui muzik kerana ianya
menarik dan boleh bertahan lebih lama dalam ingatan mereka. Konsep audiation
ini adalah bagaimana otak manusia memproses dan memahami sesuatu muzik. Menurut
Lili Levinowitz adalah merupakan profesor pendidikan muzik di Rowan University
of New Jersey, Glassboro iaitu otak manusia boleh mengembangkan daya fahaman
muziknya melalui nyanyian dan tarian. Audiation adalah berfikir secara muzikal
atau berfikir tentang muzik walaupun tanpa kehadiran muzik. Di sinilah
anak-anak kecil mula mengenal muzik dan cuba memahami rentak bunyi.
3- 3- Membantu Perkembangan Emosi
Tidak dinafikan juga, muzik membantu perkembangan emosi dan menjadi terapi dalam pelbagai situasi. Bayi sering memerlukan ‘lullaby’ ketika mendodoikan mereka. Muzik menambah ketenangan kepada ibu dan juga anak. Ramai ahli pengkaji meneliti kepentingan muzik untuk kanak-kanak autism. Antara mereka ada menyatakan, muzik memenuhi keperluan kognitif kanak-kanak autism kerana kebanyakan lagu mempunyai pattern tersendiri. Struktur dalam lagu dan irama yang konsisten memberi ketenangan kepada pendengar.
4- 4- Mengajarkan disiplin kepada
kanak-kanak
Muzik boleh mengubah mood seseorang daripada sedih kepada
gembira kepada bertenaga dan kemudiannya bertenang. Kanak-kanak juga mudah
terpengaruh dengan rentak irama yang pelbagai. Ibu bapa dapat menjadikan muzik
sebagai salah satu cara mendisiplinkan kanak-kanak dengan jadual seharian. Apabila
anak ceria, mereka pasti bersemangat dan tidak merungut untuk menjalani jadual
harian mereka.
Comments
Post a Comment