Kepentingan Fizikal Dan Estetika Kepada Kanak-Kanak


Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan. Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid.

Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.

Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mampu mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar.

Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya dengan menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan lebih membara.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, akativiti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh Negara.

Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.






Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah