KEPENTINGAN COKLAT KEPADA KANAK-KANAK
Coklat dan kanak-kanak tidak
dapat dipisahkan. Boleh dikatakan hampir setiap kanak-kanak menggemari coklat.
Namun, pemberian coklat kepada kanak-kanak sering disekat dan sesetengah ibu
bapa memandang coklat sebagai suatu jenis makanan yang perlu dielakkan untuk
diberi kepada si kecil. Antara penyebab ibu bapa tidak menggalakkan anak makan
coklat adalah kerana khuatir gigi anak rosak dan takut anak menjadi gemok.
Di sebalik keburukan coklat,
mungkin tidak ramai ibu bapa yang tahu bahawa kandungan di dalam coklat itu
juga mengandungi khasiat untuk tumbesaran kanak-kanak. Cuma, pemberian sedikit
coklat sekali-sekala kepada kanak-kanak tidaklah memudaratkan seperti yang
selama ini dimomokkan kepada ibu bapa. Malahan, terdapat banyak kajian yang
menunjukkan bahawa coklat yang dihasilkan daripada koko ini memberikan manfaat
dari segi kesihatan.
Terdapat
banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat yang dihasilkan daripada koko ini
memberikan manfaat dari segi kesihatan. Coklat mengandungi karbohidrat,
protein, lemak, dan vitamin yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Selain itu,
coklat juga mengandungi antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada
radikal bebas. Antara kebaikkan coklat atau koko ialah:
Selain
itu, terdapat juga kebaikkan yang lain yang dapat merangsang kebaikkan dalam
sistem peredaran darah, fungsi otak dan lain-lain seperti :
Justeru,
coklat sememangnya akan memberi kesan negative kepada individu sekiranya
diambil secara salah dan berlebihan. Namun begitu, ibu bapa boleh tersenyum
untuk membiarkan anak-anak menikmati coklat. Ambilan dalam kuantiti yang betul
dan pengawasa justeru akan memberi banyak kebaikkan dari aspek kesihatan, emosi
dan lain-lain.
Comments
Post a Comment