CIRI-CIRI MURID MASALAH PEMBELAJARAN
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan
kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.
·
Kognitif
Murid – murid yang bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah
dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau
pengolahan. Hal ini boleh mengakibatkan murid menghadapi kesukaran dalam
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.
·
Akademik
Ia berlaku di kalangan murid masalah pembelajaran iaitu membaca,
lisan, tulisan dan matematik. Ramai murid masalah pembelajaran menghadapi
masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan
kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan
masalah membaca ialah disleksia. Selain membaca, ia juga menghadapi kesukaran
dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan
pragmatik. Murid yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di
sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan
kawan dan sebagainya. Masalah kemahiran menulis di kalangan murid bermasalah
pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan
tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak
menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan
kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Secara umum, kemahiran menulis bagi
murid bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan
sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahiran menulis murid
bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan
dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan. Bidang terakhir
di mana murid bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah
matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang
merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya
diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik
yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai
sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain
itu, murid bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran
seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.
·
Sosial dan Emosi
Memahami ciri sosial dan emosi murid bermasalah pembelajaran
adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka.
Bagaimana mereka melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka
mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka
berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup
bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara
berkesan. Kemahiran Sosial yang Lemah bagi murid yang bermasalah seperti sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh
pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai
teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya
untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan
hubungan. Adakalanya murid bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran
untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti
model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem)
mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka
berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka
bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
Comments
Post a Comment