ANAK SAYA KIDAL

 

Statistik menunjukkan bahawa 9 daripada 10 individu di dunia ini mempunyai tangan kanan yang dominan. Hanya 1 daripada individu itu yang mempunyai tangan kiri yang dominan atau kidal. Sekiranya anda atau pasangan sendiri adalah kidal, anak anda juga lebih berpotensi untuk lahir dengan tangan kiri yang dominan

Menurut kajian, ibu bapa mungkin sudah boleh mengesan sama ada anak mereka kidal atau tidak ketika mereka berusia sekitar 2 – 3 tahun atau lebih awal lagi. Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bereksperimen dengan kedua-dua tangan mereka. Letakkan mainan di hadapan mereka dan lihat tangan mana yang kerap digunakan untuk mencapainya. Namun begitu, ini hanyalah sebagai pemerhatian yang kasar dan segalanya akan terjawab apabila mereka mencecah usia 4 tahun kelak.

Kidal adalah apabila seseorang terbiasa menggunakan tangan kiri untuk melakukan aktiviti, seperti menulis, makan, atau melakukan kerja yang berat. 

Kira-kira 10% individu di atas Bumi ini adalah kidal.

Fenomena ini berlaku secara semulajadi dan dipengaruhi oleh genetik. Jika anda dan pasangan adalah individu kidal, anak anda mempunyai kemungkinan 45 hingga 50% untuk menjadi kidal juga. 


KELEBIHAN KIDAL

1. KREATIF DAN BIJAK

Orang bertangan kiri memang selalu sangat dikaitkan dengan aktiviti kreatif. Kenapa ya, sebenarnya? Apabila menggunakan otak kanan secara dominan, mereka didapati berkebolehan untuk berfikir secara meluas, di mana mereka mampu menganalisa pelbagai jenis penyelesaian yang mungkin tidak pernah terfikir oleh mereka.

Tidak hairanlah 4 daripada 5 pereka asal komputer Mac, termasuklah Steve Jobs adalah kidal! Lebih mengujakan, Bill Gates dan Mark Zuckerberg juga bertangan kiri.



2. MEMILIKI DAYA INGATAN YANG BAIK


Sebuah laman web menunjukkan anak yang bertangan kidal memiliki corpus callosum lebih besar dibandingkan dengan anak-anak normal. Bahagian otak tersebut berfungsi sebagai penghubung antara otak kanan dan otak kiri. Bahagian inilah yang berfungsi mengawal fungsi kognitif dan motorik yang banyak menyimpan memori. 

Oleh sebab itu, kajian menyokong fakta bahawa orang kidal cenderung mengingat tarikh, formula matematik, serta fakta sejarah dengan baik.


3. PENDENGARAN YANG TEPAT

Pendengaran anak kidal dinilai lebih baik daripada pengguna tangan kanan dalam hal membedakan jenis suara. Berdasarkan presentasi Georgetown University Medical Center, anak kidal yang mengandalkan kerja otak kanan akan lebih cermat ketika membedakan jenis suara. Hal ini berbeda dari anak pengguna tangan kanan yang cenderung lebih dinamis dan cepat berubah sehingga tidak sensitif dalam membedakan jenis suara


KEKURANGAN KIDAL

1. CENDERUNG UNTUK MENGHIDAP DISLEKSIA

Disleksia merupakan salah satu kekurangan yang cukup banyak dialami orang kidal. Efek ini membuat orang kidal kesulitan menulis, membaca, mengeja, atau berbicara dengan jelas.

Selain itu, anak yang kidal juga cenderung menemui banyak tantangan di sekolah. Sebagai contoh, mereka akan kesulitan saat mengikuti kelas seni seperti bermain gitar.


2. KESUKARAN PENGGUNAAN GUNTING

Bila guna gunting, secara automatiknya orang kidal terpaksa masukkan ibu jari dalam lubang yang besar, manakala lagi 2 jari tersepit pada lubang yang kecil. Kalau setakat nak gunting 1 benda saja, bolehlah tahan lagi. Tapi kalau ada aktiviti yang melibatkan penggunaan gunting, contohnya kena buat kraftangan atau apa-apa projek kelas, boleh melecet jugalah jari bila guna gunting lama-lama


3. KEKELIRUAN SEMASA MAKAN

Disebabkan tangan kiri adalah tangan yang dominan, kadang-kadang terlupa nak suap atau pegang makanan dengan tangan kanan. Terutamanya makanan jenis snek seperti burger atau aiskrim. Jadi selalulah kena tegur atau kecam sebab orang nampak kita makan dengan tangan kiri. Bukannya sengaja, tapi kadang-kadang dah sibuk sangat memang tak ingat. Bagi yang tak biasa, mungkin nak pakai sudu pun terasa kekok pada awalnya.


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah