SIKAP KANAK-KANAK YANG KERAP MENGAMUK ATAU TANTRUM
Tantrum adalah perkara
yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi
mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan,
kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis,
menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan
nafas mereka.Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had
kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan
orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa
yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan
atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka
mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan
kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka
belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara
lain. Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang
mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa
kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan
tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika
ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Bagaimana
mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda
sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
- Pastikan
anak anda selamat.
- Pastikan
anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku
tersebut.
- Jangan
hukum anak anda.
- Jangan
berikan ganjaran.
- Jika boleh, asingkan anak anda.
Apa
yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di
rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk
dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya
jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda
berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan
sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali
tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu
ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Comments
Post a Comment