PUNCA KANAK-KANAK DEGIL
Setiap ibu bapa memang mahukan anak - anaknya
menjadi anak yang terbaik. tetapi bukan semudah yang disangka, memang banyak
cabaran yang perlu dilalui, dari kecil, sampailah dewasa.Selain itu, dalam
musim pkp, ini, memang seluruh ahli keluarga perlu berada di rumah.Dengan ini,
memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi bagi seorang ibu untuk kawal anak
disamping buat tugasan harian dan lagi -
lagi menguruskan anak yang agak degil.Adakah ibu bapa hendak teruskan salah anak-anak atas sikap degil ini, ataupun ibu bapa perlu memperbaikikan diri mereka? ketahui 2
punca yang menjadikan anak degil iaitu kesibukan kerja ibu bapa ,kurang memberi
perhatian.
1.KESIBUKAN KERJA
Tugas sebagai ibu bapa ini sangat banyak, lagi -
lagi bila sebelum musim covid ini,perlu menguruskan rumah, cari rezeki, masak, bayar
bil dan sebagainya sehinggakan masa bersama anak -anak dan keluarga yang
diluangkan amat sedikit sekali. Ibu bapa perlu mengambil tahu yang anak - anak
ini perlukan masa yang kualiti untuk bersamanya.Ianya tak perlu lama, sekadar
ambil sedikit masa sahaja dalam sehari untuk anak-anak kongsikan apa yang
mereka belajar, apa masalah yang dialami Masa yang berkualiti itu tidak diukur
berapa lama, tapi perlu disini yang sangat bermakna dari situlah boleh
mengeratkan hubungan kasih sayang keluarga.
1.KURANG PERHATIAN
Bila kita dalam kesusahan
atau kebuntuan, kita perlukan seseorang
untuk kita luahkan untuk mencari penyelesaian. Begitu juga dengan anak - anak.
Adakalanya mereka tidak tahu cara untuk meluahkan, ibu bapa perlu bijak membaca
tanda dari segi “body language”
anak-anak . Kalau mereka kelihatan diam
sahaja, mesti ada sesuatu perkara yang dipendam. Selagi kita tidak cuba dekati
hati anak anak, selagi itulah mereka terus memendam dan lama - kelamaan hati
mereka menjadi keras. Itulah puncanya mereka jadi lebih menjadi degil kerana ibu
bapa tidak mahu dengar luahan mereka.
Comments
Post a Comment