Kesilapan dalam
mengajar kemahiran tulisan tangan Kanak-Kanak
Walaupun kita sekarang berada dalam era
teknologi di mana semua orang menulis menggunakan komputer atau telefon pintar,
tetapi kemahiran menulis tetap sangat penting untuk kanak-kanak. Ini kerana
proses pembelajaran di sekolah mementingkan kemahiran menulis.Tanpa kemahiran
menulis yang bagus, kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah untuk membuat
kerja sekolah dan memberi tumpuan dalam pembelajaran. Apabila tulisan mereka
tidak kemas atau mereka menulis dengan perlahan, mereka akan sering digelar
malas oleh guru dan rakan -rakan. Hal ini boleh menjejaskan keyakinan diri dan
tingkah laku mereka.Dengan ini , ingin menyenaraikan beberapa kesilapan dalam
mengajar kemahiran tulisan tangan kanak-kanak.Antaranya,
·
Guna buku latihan menulis huruf
dot-to-dot.
Buku latihan dot
to dot tidak sesuai untuk latihan kemahiran tulisan tangan kerana latihan dot
to dot dalam buku tersebut bersifat tidak berterusan. Latihan kemahiran menulis
haruslah berterusan dan kurangkan angkat mata pensel semasa menulis huruf atau
nombor.
·
Memaksa murid pegang pensel dengan
menggenggam tangannya .
Elakkan memaksa
kerana boleh membuatkan kanak-kanak trauma dan mengeluarkan atau engan mengambil bahagian dalam
aktiviti melibatkan pensel dan kertas.
·
Guna pensel bersaiz jumbo
Pensel bersaiz
jumbo adalah besar dan berat, tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai
saiz tangan yang kecil. Cari pensel yang sesuai dengan saiz tangan
mereka.
·
Guna alat bantu pegang pensel pada umur
bawah 6 tahun
Penggunaan alat
adaptasi memegang pensel seperti yang terdapat di pasaran hanya boleh digunakan
untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pegangan pensel setelah melewati umur
matang untuk usia perkembangan genggaman pensil .Pada
usia melewati 6 tahun ke atas, pegangan pensel lebih sukar diubah kerana mereka
telah selesa dengan pegangan pensel yang tidak diperbetulkan sebelum ini.
·
Terus guna buku untuk latihan tulisan tangan
Sebagai permulaan
latihan menulis, lebih digalakkan guna bahan-bahan yang bersifat multi sensori
seperti membentuk huruf menggunakan doh, pasir, tepung dan sebagainya untuk
memantapkan visual dan sentuhan memori
untuk ingat bagaimana huruf ditulis. Banyak sangat idea dan perkongsian multi
sensori ini dalam Pinterest, media sosial dan website.
·
Tidak guna kertas bergarisan
Perlu gunakan
kertas yang bergaris supaya kanak-kanak ‘aware’ dengan
kehadiran garisan sebagai tempat untuk huruf diletakkan. Mulakan dengan kertas
bergaris 1 yang dibuat sendiri.
·
Tidak ajar untuk fokus kepada titik permulaan huruf
ditulis
Pentingkan titik
permulaan huruf atau nombor ditulis kerana ini dapat memberi petunjuk
untuk ‘letter formation’ yang betul. Tips untuk titik permulaan yang betul ialah mula dari atas ke bawah, kemudian kanan ke kiri . Jika kita fokus
kepada starting point yang betul, akan mengurangkan kecenderungan tulisan atau
tulis huruf secara imej cermin.
Comments
Post a Comment