Disleksia
Definisi
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek
iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau
dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’
juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887,
merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan
perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
“Disleksia
ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa,
tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf
intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan
Disleksia, diantaranya ialah;
- Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang
bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
- Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang
bermasalah dalam bahasa
- Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang
bermasalah dalam koordinasi mata dan tangan.
APA ITU DISLEKSIA
Disleksia
adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca,
menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang
budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia
tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan
yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia visual (penglihatan)
- Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan
mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak
juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad
tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
Disleksia auditori (pendengaran)
- Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis
bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku
kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan
secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi
vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori.
Disleksia visual-auditori
o
Kesukaran membaca yang amat teruk dan memproses tulisan secara
visual dan audio dan ini disebabkan oleh
kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
PUNCA-PUNCA
DISLEKSIA
Keturunan atau genitik
Kebanyakan kes, terdapat
beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan
punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat
kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15,
1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak
disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan
oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini
menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian
daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah
belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan
Terdapat
kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem
saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak
permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
TANDA-TANDA BAGI MURID
PERINGKAT PRA-SEKOLAH
·
Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
·
Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
·
Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
·
Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
·
Tidak merangkak semasa bayi
·
Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
·
Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka
bertanya banyak
Soalan kepada
guru dan rakan sebaya.
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
KANAK-KANAK DISLEKSIA
Masalah
utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses
pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
·
Mengeja
·
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang
kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca.
Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti
terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:
m-w |
y-g-j |
u-n |
m-n |
c-e |
p-q |
h-n |
b-d |
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar
pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi
tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa
walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan
sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah
mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk
anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan
pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang
serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga
serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas
serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi
ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
Comments
Post a Comment