TRAIT PERSONALITI
Ibu bapa atau guru mesti akan bertanyakan pada anak-anak tentang cita-cita mereka pada masa hadapan bukan? Ada yang ingin menjadi doctor, guru dan pasukan polis. Namun kita hanya menganggap ianya impian namun tanpa sedar personaliti anak-anak sekarang menjadi kayu ukur akan personaliti dan minat mereka kelak. Menurut Holland, terdapat 6 personaliti minat kerjaya yang boleh dilihat bagi menentukan kecenderungan kanak-kanak dengan apa yang mereka gemar lakukan. 6 persoliti tersebut iailah RIASEC (Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional).
Perkembangan RIASEC bukan sahaja boleh dikenalpasti melalui
pemerhatian, tetapi dengan bantuan seorang kaunselor, permerhatian minat
kerjaya dapat dikenaklpasti secara lebih teliti melalui ujian psikometrik iaitu
Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS).
REALISTIC
Sikap menyayangi dengan haiwan sangat tinggi. Suka menjaga banyak binatang selain akan selalu berkomunikasi dengan haiwan tersebut. Seorang realistik juga gemar akan alatan atau mesin. Jika melihat anak-anak suka menceraikan mainan seperti kenderaan dan menyambungnya semula ia merupakan seorang yang realistik. Seorang realistic mempunyai kemahiran yang baik dalam bekerja dengan alatanuntuk dibaiki, lukisan mekanikal atau elektrik, mesin, atau tumbuhan dan haiwan. Ciri lain dalam perbualan dapat diukur apabila anak mempunyai minat yang khusus seperti gemar akan kereta dan akan mencari tahu tentang kereta sehingga terperinci.
Melihat diri sebagai praktikal, mekanikal dan realistik. Menurut
Richard S.Sharf, penulis buku Applying Career Development Theory In
Counseling edisi Ke-5 menyatakan, Holland menggariskan pekerjaan seorang
realistic adalah bidang automotif, pertanian, binaan dan pembuatan serta
pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal.
Investigative
Kanak-kanak yang mempunyai ciri ini selalunya dapat melihat
kecenderungan mereka dalam penyelesaian masalah. Minat dalam subjek dapat
dilihat kecemerlangan mereka dalam matematik dan sains. Subjek ini memerlukan
daya permikiran kritis untuk penyelesaian masalah. Apabila ada menyukai puzzle,
dia sedang mempamerkan kelebihan mempunyai daya permikiran yang tinggi.
Kanak seperti ini gemar menyelesaikan sendiri daripada meminta
bantuan. Sebagai ibu bapa jangan membantah jika anak ingin melakukan sendiri,
ia merupakan salah satu cara mereka mengambangkan kebolehan. Pekerjaan yang
sesuai kepada mereka yang mempunyai minat ini selalunya adalah saintis, pakar
matematik atau seorang akauntan.
Artistic
Mereka akan seringkali menyatakan tentang keindahan sesuatu dalam
meluahkan perasaan. Personaliti luaran juga mempamerkan mereka menyukai fesyen
yang menarik serta mempunyai fizikal pemakaian yang unik contoh menyimpan
rambut yang panjang. Ia tidak pelik kerana seorang pengkarya mempunyai
personaliti mereka tersendiri. Mengkritik sesuatu juga adalah salah satu sifat
untuk mengenalpasti. Pekerjaan yang sesuai berdasarkan teori Holland ialah
pelakon, penyanyi, penulis sajak atau pelukis.
Social
Personaliti sosial sangat luas jika dilihat. Kanak-kanak mempunyai
perwatakan sosial yang tinggi gemar mewujudkan komunikasi yang sangat selesa
dengan orang lain. Selain sifat ingin membantu sangat tinggi. Jika realistic
memilih untuk berada dalam dunia mereka sendiri, tetapi seorang sosial suka
bergaul dengan orang ramai. Mereka sukar dalam membantu menyelesaikan masalah,
mendengar keluhan orang lain dan menggunakan sikap ramah mendekati dan
mewujudkan satu kelompok kenalan yang luas.
Jika melihat anak suka berkawan, bermain melakonkan watak guru dan murid dan selesa bercakap dan berbincang mereka merupakan seorang yang mempunyai sosial yang tinggi. Holland menggariskan sosial yang tinggi akan melatih mereka mempunyai cita-cita sebagai guru, pekerja sosial, kaunselor dan juga ahli politik.
Enterprising
Ciri personaliti ini sukar untuk dikenalpasti dalam kalangan
kanak-kanak kerana personaliti ini menjurus kepada seseorang yang gemar
menghidupkan suasana komunikasi bagi mendapatkan keuntungan contohnya aktiviti
jualan. Seorang enterprising mudah melembutkan hati orang di sekelilingnya dengan
kata-kata pujukan yang sangat lembut. Namun begitu, jika aspek umum yang dapat
kita lihat pada anak-anak lihatlah pada keyakinannya bercakap dan menerangkan
sesuatu. Jika di Tadika ABS Kembara Bijak, murid didedahkan dengan kelas ARAF
yang memperkenalkan pengajaran keusahawanan. Justeru, dari situ dapat dilihat
bagaimana anak-anak menunjukkan personaliti ini dalam diri masing-masing.
Selalunya kanak-kanak yang mempunyai sikap persaingan secara sihat yang tinggi
juga boleh memperlihatkan personaliti ini secara jelas dalam diri mereka.
Jika dari kecil mereka sudah memperlihatkan personaliti begini, tidak salah sekiranya ibu bapa terus menyokong minat anak-anak dengan mendorong kepada cita-cita di masa depan. Pekerjaan yang selalunya memerlukan personaliti enterprising yang sangat tinggi ialah pengurusan perniagaan, pengurusan hartanah, ahli politik, pengurusan restoran atau usahawan berjaya.
Konvensional adalah personaliti yang digariskan oleh Holland
seseorang yang sangat tegas, terperinci dan terurus dalam setiap perkara dalam
kehidupan. Dia mempunyai disiplin yang tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai sikap
begini boleh dilihat bagaimana dia menjaga barang kesayangannya seperti alat
tulis atau pakaian. Sesetengah murid akan menjaga dengan baik tanpa memerlukan
arahan atau perintah daripada seorang dewasa. Ini juga merupakan salah satu
sikap konvensional dalam diri mereka. Jika seorang dewasa lebih menjurus kepada
menjadi seorang individu yang serius tetapi jika kanak-kanak lihat bagaimana cara
dia berkomunikasi atau menegur kesalahan orang lain. Jika mereka diberikan
ruang atau bilik sendiri, cuba lain bagaimana dia menyusun atur bilik mereka,
jika kemas tanpa bantuan ibu ayah, tidak salah lagi dia berkemungkinan
mempunyai personaliti ini.
Personaliti seorang yang kemas dalam kalangan anak-anak sukar dikenalpasti kerana lumrah seorang kanak-kanak jauh sekali dari dewasa. Namun begitu, tidak mustahil seawall usia 6 tahun mereka boleh menjadi seorang konvensional walaupun cirinya masih samar. Selain daripada menjadi seorang yang kemas, mereka selesa melakukan rutin yang sama setiap hari. Seorang konvensional selalunya meletakkan diri mereka bekerja dalam bidang institusi kewangan seperti bank atau penganalisis data. Seorang konvensional mempunyai daya penyelesaian masalah dan kemahiran mengira yang sangat baik berbanding orang lain.
Sebagai kesimpulanya, jika anda melihat anak anda mempunyai lebih daripada satu personaliti seperti yang dinyatakan, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana seorang individu akan memiliki tiga persoanliti bagi menggambarkan dirinya. Tahap ukuran personaliti ini boleh dilihat lebih terperinci melalui penggunaan ujian psikometrik yang diselia oleh seorang kaunselor atau ahli psikologi yang lain. Kaunselor akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang personaliti trait anak anda. Sebagai contoh, seorang kaunselor perlu memiliki personaliti SEA iaitu sosial, enterprising dan artistic. Ingat, berjumpa kaunselor bukan hanya kerana bermasalah tetapi untuk mengenali diri dengan lebih baik.
Comments
Post a Comment