7 petanda awal kanak-kanak mungkin berdepan gangguan mental



Gangguan mental ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain golongan dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada risiko penyakit mental. Ini adalah mendatangkan kebimbangan kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Persoalannya, adakah terdapat sebarang petanda awal anak anda mungkin menghidapi gangguan mental? Punca sebenar kebanyakan gangguan mental adalah tidak diketahui dan mungkin berlainan mengikut individu. Namun begitu, beberapa penyelidik menyimpulkan bahawa punca kondisi ini berlaku adalah berkait rapat dengan interaksi faktor-faktor biologi, psikologi dan persekitaran.

Antara 7 petanda awal kanak-kanak yang mungkin berdepan gangguan mental adalah seperti berikut.



1. Bersikap aneh

Sekiranya kanak-kanak mula bersikap aneh seperti melakukan perkara yang tidak pernah di lihat, segera bawa mereka berjumpa doktor. Ia mungkin menunjukkan kanak-kanak mengalami gangguan mental.



 

2. Perubahan emosi lebih dari 2 minggu

Perubahan yang berlaku terhadap emosi mereka dalam jangka masa lebih dari 2 minggu adalah satu petanda yang utama. Jika kanak-kanak mengalami perubahan emosi secara tidak menentu dan tiba-tiba, ia mungkin menunjukkan petanda awal mereka mengalami ganguan kemurungan, kegelisahan atau sebagainya.



3. Perubahan fizikal yang ekstrem

Sebenarnya, perubahan fizikal hanya akan berlaku apabila anak mencapai usia akil baligh. Namun begitu, perubahan fizikal yang ekstrem dan tidak disebabkan oleh akil baligh mungkin merujuk kepada pelbagai gangguan mental terutamanya dalam aspek pemakanan. Kajian menunjukkan bahawa 80% daripada pesakit mental pernah mengalami perubahan fizikal seperti terlalu gemuk atau terlalu kurus semasa hayat mereka.


4. Sering risau atau takut

Jika kanak-kanak selalu mengadu mereka bimbang akan sesuatu, ia adalah normal. Namun begitu, sekiranya mereka mula mengadu risau atau takut yang sangat berlebihan, ia mungkin menunjukkan mereka mengalami gangguan mental kronik seperti schizophrenia.


5. Gemar mengasingkan diri

Kanak-kanak yang mungkin mengalami gangguan mental sangat suka bersendirian. Oleh itu, mereka sangat gemar mengasingkan diri dan mula hilang minat terhadap perkara yang lain. Dapatkan bantuan pakar dengan segera bagi membendung kondisi ini menjadi lebih teruk.


6. Sukar menumpukan perhatian

Kanak-kanak yang sukar menumpukan perhatian juga berpotensi dan lebih berisiko mengalami gangguan mental. Kanak-kanak ini tidak dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu benda dengan terlalu lama dan tidak dapat duduk setempat secara statik. Segera bawa anak berjumpa doktor jika mereka mula menunjukkan faktor ini.


7. Kemerosotan luar biasa dalam aspek kehidupan

Ini boleh diukur melalui penelitian terhadap gred sekolah mereka. Perhatikan jika gred pelajaran atau sukan mereka menurun dengan mendadak. Jika di rumah, perhatikan jika mereka mampu atau tidak melakukan tugas yang anda berikan dengan baik. Sekiranya setiap aspek kehidupan menunjukkan kemerosotan, ia mungkin menunjukkan kanak-kanak mengalami gangguan mental. Namun begitu, ia bukanlah sebuah pengakhiran kehidupan yang sempurna buat mereka yang mengalami gangguan mental. Ia mungkin hanya sekadar gangguan pada aspek pemikiran mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu menjadi pelindung, pendorong serta pemangkin semangat dalam kehidupan mereka. Sokonglah mereka dan jadilah tunjang agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.


 







Comments

Popular posts from this blog

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

4 Aktiviti Menarik Menggunakan Bahan Di Rumah Untuk Anak 4-6 Tahun