RABUN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

 

Rabun atau kabur penglihatan menunjukkan kadar yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia dari usia bayi hinggalah dewasa. Namun begitu, peringkatr bayi hingga kanak-kanak isu ini jarang dibicarakan oleh pihak ibu bapa mahupun keluarga terdekat. Hal ini mungkin kerana mereka terlalu kecil dan muda untuk mengadu serta tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan penglihatan jelas. Masalah ini turut ditambah dengan sikap sebilangan ibu bapa yang tidak percaya dengan aduan anak-anak mereka sendiri. Hanya ibu bapa yang prihatin sahaja dapat mengenal pasti masalah penglihatan anak-anak melalui perlakuan mereka dalam aktiviti seharian.

GEJALA-GEJALA MASALAH PENGLIHATAN

  • Kedudukan kepala yang abnormal (kepala senget/teleng) ketika memfokus contohnya ketika menonton televisyen dan membaca.

  • Membaca atau menulis pada jarak yang sangat dekat antara muka dan bahan bacaan. Menerusi pengajaran PDpR ejala ini boleh dikenalpasti apabila anak meminta untuk mendekatkan  kamera atau monitor pada bahan pengajaran.

  • Kesilapan atau lambat menyalin apa yang ditulis oleh guru di papan hitam/putih. Kanak-kanak begini seringkali kerap bertanya pada guru dalam sesi pembelajaran tentang isi pengajaran mahupun daripada guru atau kawan-kawannya.
  • Kerap meniru kawan di sebelah berbanding menyalin dari papan hitam/putih atau lebih gemar mendekati papan hitam/putih jika diarahkan menyalin.
  • Gemar menonton televisyen pada jarak yang dekat. Jika dijauhkan dari televisyen, anak gemar mengecilkan mata untuk memfokus.
  • Selalu menggosok mata walaupun bukan ketika mengantuk dan kerap mengerdipkan mata.
  • Sensitif terhadap cahaya.


  • Mata kerap berair secara berlebihan.
  • Gemar menutup sebelah mata ketika memfokus contohnya ketika membaca atau menonton televisyen.


  • Mengelak atau tidak gemar dengan aktiviti dekat seperti mewarna dan membaca atau aktiviti jauh seperti bermain bola.
  • Kerap mengadu sakit kepala atau mata sakit/penat.
  • Sukar menganggar jarak.
  • Mengadu melihat objek menjadi dua (double vision.)

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah