ANAK TAKUT BERPISAH BUKAN TANDA MANJA

 

SEPERATION ANXIETY DISORDER

Sesi persekolahan bagi tahun 2020 hingga 2021 kini hanya dijalankan di rumah secara pembelajaran atas talian oleh kerana pandemic yang melandan Malaysia. Namun kemlut pandemic ini telah berubah kepada endemic yang mana negara kini sedang beralih kepada fasa pemulihan. Selepas ini tidak mustahil pembelajaran anak-anak akan di jalankan secara normal iaitu secara bersemuka. Situasi ini akan menggusarkan perasaan ibu bapa yang baru menghantar anak ke sekolah kerana kebanyakkan dari mereka akan berdepan dengan situasi anak yang mengalami isu SEPERATION ANXIETY DISORDER ataupun fasa MASALAH KEBIMBANGAN AKAN PERPISAHAN. Situasi ini seringkali dapat dilihat semasa sesi persekolahan baru bermula. Awal tahun 2021, akhbar Harian Metro memaparkan seorang kanak-kanak tahun 1 lari daripada sekolah untuk pulang ke rumah pada hari pertama persekolahan.


APA ITU SAD?

Isu ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, namun guru-guru juga akan berdepan dengan masalah apabila kanak-kanak menangis dan bersikap agresif dengan menangis dan memukul guru. Kanak-kanak yang berdepan dengan rasa takut untuk berpisah ini akan berlaku pada usis anak 1 hingga 4 tahun yang akan berada di taska, 4 hingga 6 tahun yang akan membiasakan diri di tadika atau prasekolah dan murid 7 tahun yang akan berdepan dengan situasi persekolahan yang lebih formal. Mereka akan bersa takut untuk berpisah dengan seorang individu yang mereka telah selesa terutama sekali ibu bapa. 


Menurut kajian DSM-5 situasi masalah ini dapat dilihat kanak-kanak tersebut mengalami perasaan takut dan resah yang melampau untuk berpisah. Tingkat perasaan ini dapat dilihat pada 2 peringkat iaitu prolog atau severe. Masalah seperti ini akan membuatkan mereka dan orang sekeliling mengahadapi isu kesukaran untuk ke sekolah, berada dengan rakan sebaya atau tinggal di bilik secara berseorangan.

 

SIMPTOM

Individu yang mengalami gejalan ini akan dapat dikenalpasti melalui beberapa symptom yang mereka tunjukan iaitu:

1)  Stress yang luar biasa apabila perlu berpisah daripada individu atau tempat yang sudah selesa.

2)  Ketakutan yang melampau sehingga sukar menagawal emosi.

3)    Kecenderungan perasaan bimbang tentang sesuatu yang belum berlaku.

4)    Takut apabila berseorangan

5)    Kerisauan untuk tidur dan berpisah daripada individu lain.

Keadaan ini disifatkan sebagai masalah yang normal berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 8 bulan hingga 15 bulan. Ketidakseimbangan emosi ini juga akan terjadi pada inidividu yang berusia 12 tahun ke bawah (Shear, 2006).


RAWATAN

Pendapat mengenai rawatan banyak disuarakan oleh pakar, namun setelah beberapa kajian dilakukan kaunselor kanak-kanak dan remaja menyifatkan ubat serta rawatan psikoterapi antara rawatan yang berjaya membantu pesakit.

CBT (Cognitive Behavioural Therapy) dan ET (Exposure Therapy) adalah gabungan rawatan yang berhasil mengubah dan mengatasi kebimbangan klien. CBT antara rawatan yang dilakukan bagi mengubang pandangan pendapat dan permikiran klien selain dari permikiran tersebut terdorong kepada pengubahsuaian tingkah laku inidividu ini untuk mengawal rasa takut. Setelah kaedah CBT berjaya, kaunselor akan membantu klien untuk mencuba ET iaitu mendedahakan diri kepada situasi yang mereka takuti. Kaedah ini adalah untuk mereka mencuba situasi yang mereka anggap sukar dan apabila telah berdepan dengansitusi tersbut mereka akan mengubah persepsi yang lebih baik. Kaedah rawatan ini bukan sahaja sesuai untuk dewasa tetapi juga kanak-kanak.




Rawatan hebat sekalipun sukar menemui kejayaan tanpa bantuan keluarga. Seorang kaunselor atau terapi sebagai penggerak kepada rawatan, tetapi ibu bapa atau individu yang paling rapat antara medium sokongan yang paling hebat untuk memastikan kejayaan rawatan yang dijalankan. Setiap masalah, keluarga dan individu ini adalah paling hebat kesannya kepada klien. Ibu bapa perlu terlibat sama untuk membantu anak-anak di luar waktu rawatan. Kaedah ini turut dapat mengurangkan tingkat kebimbangan yang dialami. Abraham Maslow juga menyatakan tingkat rasa Love And Belonging (disayangi) dan Safety (keselamatan) sangat diperlukan oleh seorang inidividu untuk mencapai Self Actualization (Kejayaan diri).

 

 


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah