Teknik Tutup Mata Selamatkan Banyak Emosi
Pelajar 5 Bijak sedang belajar Matematik bersama Cikgu Laila
Situasi : Seorang pelajar sedang makan berdiri. 6 pelajar lain sedang duduk elok menikmati hidangan minum pagi.
Soalan : Bagaimanakah teknik terbaik membetulkan amalan seorang pelajar yang seorang itu?
A : Hai, makan berdiri ke duduk? (nada perli dan membuntangkan mata)
B : Wah bagusnya makan duduk elok, cikgu suka! (sambil mata melihat ke arah 6 pelajar yang menikmati hidangan).
B : Wah bagusnya makan duduk elok, cikgu suka! (sambil mata melihat ke arah 6 pelajar yang menikmati hidangan).
Apabila kita telah biasa dengan Teknik Nabi, sekiranya ternampak perkara kurang elok tetapi tidak merbahaya, mata akan cepat-cepat memandang sekeliling untuk melihat apakah perbuatan yang baik untuk dipuji.
Di dalam situasi di atas, pelajar seorang tadi akan cepat-cepat duduk. Maruah pelajar akan terselamat daripada ditegur terang-terangan dan emosi pelajar yang dipuji akan naik, setinggi roket, laju dan meluncur tinggi.
Guru juga akan tersenyum. Bahagia.
Pelajar 4 Aktif sedang mendengar penerangan Cikgu Maziah
dalam subjek Sains Little Ibnu Sina
dalam subjek Sains Little Ibnu Sina
Pelajar 6 Santun sedang menyelesaikan tugasan subjek Bahasa Arab bersama Cikgu Salwa
Comments
Post a Comment