Karnival Sukan Tadika ABS (Kedah) 16 Mei 2015
Karnival Sukan Tadika ABS (Kedah) pada kali ini akan membawa konsep 'explore race' di mana para pelajar akan bergabung tenaga dengan ibu/bapa/penjaga dalam melakukan setiap acara. Terdapat 9 'check point' permainan dan setiap permainan yang diselesaikan mengikut peraturan akan mendapat cop di paspot masing-masing.
Tema sukan kali ini adalah "Seronoknya Berlumba". Tidak seperti biasa di mana ibu/bapa/penjaga hanya menunggu di tepi padang, kali ini kerjasama ibu/bapa/penjaga diperlukan untuk memastikan anak-anak dapat menyelesaikan setiap acara. Anak-anak akan seronok berlumba-lumba melakukan tugasan di setiap 'check point' bagi memperolehi cop di paspot.
Cepat atau lambat bukan menjadi persoalannya, apa yang penting anak-anak merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti di setiap 'check point'. Itu yang lebih penting kerana akhirnya semua orang akan menjadi pemenang dan saling berlumba-lumba dan bekerjasama untuk sampai ke garisan penamat.
Inilah konsep yang mahu diterapkan iaitu berlumba-lumba melakukan sesuatu kebaikan dengan menyokong dan bekerjasama dengan rakan-rakan atau ibu/bapa/penjaga. Kita percaya dan akan berjaya dengan saling tolong-menolong dan bukannya dengan mengalahkan orang lain.
5 Tadika ABS akan bergabung menjayakan Karnival Sukan ini.
5 Tadika ABS akan bergabung menjayakan Karnival Sukan ini.
Tadika ABS Taman Teja & Taman Keruing, Changloon 012 459 9327
Tadika ABS Taman Darulaman, Jitra 017 778 4681
Tadika ABS Taman Tanjung, Jitra 012 580 3899
Tadika ABS LITC Mergong, Alor Setar 012 219 8302
Tuan/cikpuan yang berkelapangan dijemput hadir memeriahkan Karnival Sukan Tadika ABS (Kedah) pada 16 Mei 2015 ini di Padang Tadika ABS Cilik, Taman Teja, Changloon.
Pendaftaran di Tadika ABS seluruh negara dibuka sepanjang tahun. Hubungi cawangan Tadika ABS berdekatan tuan/cikpuan dengan melayari www.tadikaABS.com.
Pendaftaran di Tadika ABS seluruh negara dibuka sepanjang tahun. Hubungi cawangan Tadika ABS berdekatan tuan/cikpuan dengan melayari www.tadikaABS.com.
Comments
Post a Comment